PENGENALAN
Teori
perkembangan kerjaya juga dikenali sebagai teori pendekatan proses.sesuai dengan
gelaran yang diberikan iaitu teori perkembangan,teori ini memberi penekanan
kepada proses perkembangan kerjaya itu sendiri berasaskan faktor masa.antara
teori yang dikategorikan sebagai perkembangan kerjaya ini ialah Teori
Pekembangan Kerjaya Ginzberg,Teori Perkembangan Kerjaya Ann Roe dan Teori
Perkembangan Kerjaya Super .
TEORI
PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG
Teori
perkembangan kerjaya ginzberg merupakan hasil usaha sama empat orang pakar
daripada bidang ekonomi,sosiologi,dan psikologi(ginzberg et al 1971) mengikut
teori ini,seseorang itu bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait mengait
antara satu sama lain.proses pemilihan kerjaya yang merupakan suatu pilihan
semasa dianggap sebagai perkara terpenting dan menjadi focus dalam teori
ini.nilai,keadaan persekitaran sebenar,atribut psikologi,dan peluang pendidikan
serta pencapaian member kesan kepada proses pemilihan ini dan kerana itu
faktor-faktor ini perlu diambil kira semasa membuat pemilihan kerjaya.
Unsur unsur
teori ginzberg
Ginzberg et
al(dalam weinrach 1979) telah merumuskan teori perkembangan kerjaya mereka yang
mengandungi empat unsur penting.unsur unsur itu ialah:
1.pemilihan
kerjaya ialah satu proses perkembangan yang secara tipikal berlaku dalam satu
jangka masa yang lebih dari sepuluh tahun.menurut ginzberg,pemilihan kerjaya
merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam suatu jangka masa
tertentu yang melebihi 10 tahun.pernyataan ini menurut super diambil daripada
satu kenyataan rasmi yang dibuat oleh the principles and practice of vocational
guidance yang asalnya dikemukakan oleh the national vocational guidance
association 25 tahun yang lalu.hal ini berkaitan dengan perbincangan tentang
fakta bahawa pemilihan pekerjaan ialah satu proses yang mungkin boleh berlaku
dalam jangka masa panjang.perkara ini bermakna perkembangan kerjaya hanya
berlaku pada tempoh tertentu dan akan berhenti apabila tiba masanya.
2.proses
perkembangan ini merupakan satu proses yang tidak boleh berpatah balik.proses
perkembangan itu tidak boleh berundur.menurut super kesimpulan kedua ginzberg
telah digunakan oleh charlotte buhler’s dalam teori tahap kehidupan,oleh lehman
dan witty’s berkaitan dengan kajian mengenai minat permainan,oleh pressy,janney
dan kuhlen’s tentang perbincangan perkembangan remaja dan orang dewasa,serta
oleh super berkaitan dengan penyesuaian kerjaya
Menurut super pengalaman seseorang individu
tidak dapat dilengkapkan tetapi memerlukan pelaburan daripada segi masa,wang
dan juga ego serta menghasilkan perubahan tertentu pada diri individu.hal ini
menjadikan proses penyesuaian kerja sebagai satu proses yang berterusan dan
berlanjutan.
3.proses
pemilihan kerjaya berakhir apabila wujud kompromi di antara
minat,kebolehan,nilai,dengan peluang peluang.proses pemilihan kerjaya akan
berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat,kebolehan,nilai dengan
peluang yang ada.kesimpulan ketiga teori ginzberg ini pula,menurut super telah
digambarkan dengan baik dalam amalan mendiagnosis individu yang diperkembangkan
oleh Minnesota employment stabilization research institute 20 tahun lalu dan
telah diperjelas oleh Patterson dan daley.demonstrasi
dan penerangan tentang kesimpulan ini telah dibuat melalui kajian oleh
adjustment service,usa,17 tahun lalu dan juga telah menjadi dasar kepada
persembahan penggunaan teknik diagnostic dalam teks seperti yang dikemukakn
oleh bingham’s dan super sendiri yang kedua-duanya telah muncul sebelum
ginzberg Berjaya melengkapkan kajiannya.
Sebenarnya frank parson (1909),telah
membincangkan isu kompromi ini apabila beliau menyatakan bahawa kaunseling
kerjaya ialah satu proses membantu individu mengenal dirinya sendiri,mengenal
dunia pekerjaan serta menyesuaikan diri dengan peluang pekerjaan berdasarkan
kemampuan,minat,dan peluang yang ada.beliau telah menamakan proses akhir ini
sebagai taalukan sebenar atau true reasoning.pemilihan kerjaya akan berakhir
apabila individu berjaya memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri dan
keperluan pekerjaan
4.terdapat tiga
peringkat perkembangan kerjaya,iaitu peringkat fantasi (6 hingga 11
tahun)peringkat percubaan (11 hingga 18 tahun) dan peringkat realistic (17
hingga 20 tahun)
Jika dilihat
daripada tahap perkembangan ini nampaknya perkembangan kerjaya tidak berlaku sebelum
individu berumur 6 tahun dan akan berhenti apabila berumur 20 tahun.
Walaubagaimanapun,setelah mendapat begitu
banyak komen dan kritikan,ginzberg et al.(1972) telah membuat semakan terhadap
teori yang telah dihasilkan oleh mereka.melalui proses semakan ini mereka
membuat kenyataan baru iaitu proses perkembangan kerjaya bukan berakhir ketika
individu berumur 20 tahun sebaliknya,proses perkembangan kerjaya satu proses
yang berlaku sepanjang hayat individu.
Peringkat perkembangan kerjaya
Teori asal
ginzbergb menyatakan bahawa proses membuat keputusan yang berkaitan dengan
perkembangan kerjaya terbahagi kepada tiga peringkat,iaitu peringkat
fantasi,percubaan dan realistik.
Peringkat
fantasi
Individu berumur
antara 6 hinnga 11 tahun.pada peringkat ini pemilihan kerjaya kanak kanak
adalah berorientasikan permainan dan banyak dipengaruhi oleh orang dewasa yang
signifikan dalam hidupnya tanpa memahami keadaan realitinya.implikasi daripada
keadaan ini,kanak kanak akan memilih pekerjaan sebagai guru semata-mata kerana
ingin menjadi seperti ibunya atau ayahnya,bukan kerana berminat kepada
pekerjaan itu.
Peringkat
percubaan
Individu berumur
antara 11 hingga 18 tahun.peringkat ini dicirikan dengan individu mula membuat
pemilihan kerjaya berdasarkan kepada apa yang diminatinya,kemudian mereka mula
memikirkan sama ada kerjaya itu sesuai atau tidak dengan dirinya.peringkat ini
dipecahkan pula kepada beberapa peringkat yang lebih khusus,iaitu:
1.Peringkat
Minat
Individu berumur antara 13hingga 14
tahun ketika individu telah mula memasukkan faktor minat dalam pemilihan kerjaya
2.Peringkat
kebolehan
Individu berumur antara 13 hingga 14
tahun,apabila individu telah mula mengambil kira faktor kebolehan dalam
pemilihan kerjaya
3.Peringkat
Nilai
Individu berumur antara 15 hingga 16
tahun,ketika individu telah mula memasukkan faktor nilai dalam pemilihan
kerjaya
4.Peringkat
Peralihan
Individu berumur
dalam lingkungan 17 tahun,ketika individu mula menghubunkaitkan
pemilihan-pemilihan kerjaya yang wujud dengan minat dan nilai yang ada
padanya.di peringkat peralihan,individu mula bersedia ke arah reality,iaitu
membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan cita-cita mereka.
Peringkat
Realistik
Individu berumur
antara 17 hingga 20 tahun.pada peringkat ini,individu mula mendapatkan maklumat
dan pengalaman-pengalaman yang dapat membantu mereka dalam membuat pemilihan
kerjaya.di peringkat penghabluran,individu akan membuat penilaian terhdap semua
faktor dan mula terlibat secara langsung dengan sesuatu kerjaya yang dipilih
secara objektif,tetapi masih belum begitu jelas.di peringkat ini individu mula
membuat pengkhususan dalam pemilihan kerjaya kerana mereka menyempitkan bidang
pilihan kepada dua atau tiga pilihan sahaja.di peringkat ini individu akan
menukar atau mengubah pilihan yang kurang tepat kepada pilihan yag lebih
tepat,sesuai dengan minat dan niai yang ada padanya.
1.Peringkat
Penjelajahan
Pada peringkat
ini semua peluang pekerjaan di siasat dan dihalusi.semua pilihan yang ada
disemak dengan teliti.
2.Peringkat Kebolehan
Pada peringkat
ini individu menunjukkan kebolehan dan keupayaan membuat pilihan dengan
kompromi sebagai faktor yang penting diambil kira.
3.Peringkat Ketentuan
Pada peringkat
ini individu akan membuat ketentuan dan keputusan tentang kerjaya akan
dibuat.perkara ini diikuti dengan langkah langkah wajar di ambil untuk
melaksanakannya.
Kritikan
Terhadap Teori Ginzberg
Sejak tahun 1953
lagi,banyak penyelidikan dan teori perkembangan ,pengukuran,dan pengubahsuaian
kerjaya telah dibincangkan dan dibahaskan dalam forum,konvensyen dan seminar kerjaya
di peringkat antarabangsa khususnya di benua amerika.hasil daripada
perbincangan yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi,ekonomi,dan pakar
kemasyarakatan,maka mereka melihat bahawa teori kerjaya ini amat penting dan
perlu bagi mewujudkan bidang pekerjaan yang dinamik,produktif,stabil,serta
dapat mengimbangi tabii semulajadi manusia itu dengan kerjaya yang diceburi
oleh mereka kedamaian manusia sejagat.
Seperti yang telah diterangkan di atas,teori
ini merupakan pembaik pulih daripada teori ginzberg et al.(1952),setelah super
melihat ada beberapa kelemahan dan ketidak-serasian tentang teori tersebut
dengan pendapat dan pandangannya sendiri.
Menurut super,teori ginzberg ini sebenarnya
hanyalah rumusan sahaja yang dibina berdasarkan kajian daripada literatur yang
direka khusus untuk menjawab beberapa soalan atau persoalan yang dikemukakan
oleh ahli kumpulan kajian dengan tujuan membantu mereka untuk menjalankan
projek kajian mereka sendiri.oleh itu,super dangan beraninya telah mengkritikan
teori ginzberg dan rakan-rakannya berdasarkan beberapa isu yang dianggap
penting berserta dengan hujahnya iaitu:
Limitasi
Teori Ginzberg
Ginzberg dan
rakan-rakannya telah memperkembangan model perkembangan kerjaya dan
mencadangkan bahawa proses membuat pemilihan kerjaya memerlukan beberapa siri
keputusan dan kadangkala melibatkan keputusan-keputusan segera,bukan merupakan
pemilihan pada satu-satu ketika.walaupun ginzberg memberikan perhatian kepada
kumpulan-kumpulan minority dan golongan miskin di dalam teorinya,tetapi fakta
yang ada menunjukkan bahawa model ini tidak pernah disemak semula untuk
diaplikasi kepada kumpulan ras dan status sosioekonomi yang berbeza.ini
disebabkan kekurangan utama pendekatan ini.menurut super (dalam weinrach
1979),teori ginzberg ada batasnya.antaranya ialah:
1.Teori ini
dikatakan bukan hasil daripada satu kajian yang menyeluruh.pembentukannya hanya
berdasarkan sedikit kajian dan
kemudian dibuat secara menyeluruh.pembentukannya hanya berdasarkan sedikit
kajian dan kemudian dibuat secara menyeluruh.kajian juga dikatakan tidak
mengikut kaedah penyelidikan yang sebenarnya.contohnya,dalam teorinya tiada
ulasan-ulasan karya yang berasaskan pengalaman atau data-data yang mencukupi.
2. Pilihan
menurut pandangan teori ginzberg tidak demokratik.tumpuan hanya kepada yang
diutamakan bukannya merupakan pilihan bebas.
3. Dalam
peringkat perkembangan apabila individu telah memilih,individu terpaksa membuat
penyesuaian.elemen-elemen penyesuaian tidak banyak diperkatakan oleh
ginzberg.beliau hanya memperkatakan pemilihan tetapi yang sebenarnya,ialah
penyesuaian.
4. Tiada ulasan
lanjut sekiranya pilihan individu tidak serasi iaitu wujud ketidakserasian
antara apa-apa yang dikehendakinya dengan apa yang dimilikinya. Dalam hal
ini,ginzberg tidak menerangkan konsep kompromi yang mesti ada untuk
menyeimbangkan pilihan kerjaya kepada seseorang individu.
Oleh sebab ginzberg pakar ekonomi dan bukan
ahli psikologi,maka banyak pemboleh ubah psikolgi penting yang diberi perhatian
dalam teori-teori kerjaya yang lain telah diketepikan dalam model ini.perkara
ini merupakan kekurangan dalam teori ini.contohnya,terlalu sedikit cadangan dan
perbincangan yang dibuat berhubung dengan punca terhasilnya aspirasi kerjaya.di
samping itu ginzberg juga gagal untuk memberikan deskripsi berhubung dengan
proses-proses yang terlibat dalam membuat keputusan kerjaya.
Walaupun begitu,ginzberg telah memfokuskan
perhatian kita kepada kepentingan faktor ekonomi dalam perkembangan
kerjaya,iaitu satu faktor yang seringkali dilupakan dan diabaikan oleh
penteori-penteori kerjaya lain.beliau juga telah menarik perhatian kita kepada
pemboleh ubah status sosioekonomi tetapi seperti yang telah dibincangkan
sebelum ini,namun ginzberg gagal untuk menghasilkan hipotesis-hipotesis tentang
pertalian pemboleh ubah ini dengan proses perkembangan kerjaya.
Model ginzberg gagal dalam banyak perkara
termasuklah daripada segi komprehensifnya teori ini,definisi dan penjelasan
tentang gagasan,dan integrasi proposisi.walaupun begitu,model ini telah
mempertingkatkan pengetahuan kita tentang kepentingan pemboleh ubah ekonomi dan
status sosioekonomi dalam proses perkembangan kerjaya.
Model ini daripada segi aplikasi semasa agak kurang digunakan kerana
kekurangan bukti-bukti empirikal yang menyokong teori,namun teori kerjaya ini
akan terus signifikan daripada segi sejarah.
TEORI ANNE ROE
Latar
Belakang Teori
Teori
telah diperkenalkan oleh Anne Roe dengan
mengitegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan. Roe merupakan
ahli psikologi wanita yang cuba membincangkan peranan keluarga dalam teori
kerjayanya. Teori Pemilihan Kerjaya Roe menumpu kepada dua bahagian iaitu
personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan semua
bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa
semasa kanak-kanak.
Menurut Roe,pengalaman awal kanak-kanak di
rumag bersama ibu bapa merupakan asas kepada pembentukan personaliti dan sikap
individu terhadap pemilihan termasuklah pemilihan kerjaya. Kanak-kanak
menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model peranan dan
tauladan. Hal ini bermaksud pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan
perhubungan pada masa lalu dengan orang yang signifikan adalah penting dan
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang
individu (Brown & Brooks 1984). Roe membuat spekulasi bahawa interaksi dan
gaya layanan ibu bapa yang diterima oleh seseorang individu adalah penting
dalam menentukan orientasi pemilihan kerjaya.
Daripada kajian yang telah dijalankan
oleh Roe, beliau telah mengenalpasti bahawa ahli seni lukis mempunyai tret-tret
personaliti tertentu yang unik seperti pasif,sensitif dan mempunyai keupayaan
intelek yang tinggi. Roe (dalam Brown & Brooks (1984) juga menyatakan
bahawa:
1)
Individu
sebenarnya boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis pesonaliti tertentu.
2)
Terdapat beberapa
pekerjaan tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang dimiliki oleh
individu.
Dengan perkataan lain bolehlah dirumuskan bahawa setiap individu
di dunia ini memiliki personaliti yang unik yang membolehkannya bekerja dalam
beberapa jenis pekerjaan. Kedua-dua kenyataan di atas sangat penting dalam
teori ini dan merupakan intipati kepada teori ini.
Faktor Mempengaruhi Pemilihan
Kerjaya
Teori
Pemilihan Kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya individu. Faktor-faktor itu ialah latar belakang genetic, pengaruh
tenaga psikik , serta pengaruh genetik dan hierarki keperluan individu.
Latar Belakang Genetik
Latar belakang genetik mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan,
sikap dan personaliti individu yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang individu. Selain itu, faktor genetik juga mempengaruhi sifat
fizikal individu seperti ketinggian, kecantikan dan kecacatan individu.Individu
yang rabun warna tentulah tidak seuai menjadi ahli kimia,sementara individu
yang rendah tentulah tidak sesuai menjadi pegawai tentera dan polis. Teori ini
nampaknya percaya bahawa faktor pewarisan atau biologi adalah penting dalam
menentukan kerjaya individu.
Pengaruh Tenaga Psikik
Perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh ke
arah mana tenaga psikik diperkembangkan di luar kawalan atau tanpa sedar.Arah
perkembangan ini pula terlebih dahulu ditentukan oleh bentuk kepuasan dan
kekecewaan yang dialami oleh individu pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat
kanak-kanak, keperluan yang paling asas ialah keperluan untuk rasa dimiliki dan
ini akan kekal sebagai elemen-elemen tidak sedar individu. Keperluan tidak
sedar ini akan membentuk tenaga psikik dan seterusnya akan mempengaruhi bidang
kerjaya individu.
Pengaruh Genetik dan Hierarki
Keperluan
Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan
mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya individu. Keperluan individu seperti
yang dikemukakan oleh Maslow melalui hierarki kepeluan sentiasa akan
mempengaruhi individu. Antara keperluan utama yang dikenalpasti oleh Maslow
ialah fisiologikal, keselamatan, kasih saying, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang
lebih tinggi terbentuk dan kepuasan ini akan terus meningkat sehingga mencapai
keperluan yang paling tinggi, iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat
untuk memenuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat kuat
yang akan menggerakkan individu. Pengaruh genetik dan perkembangan motivasi
individu akan menentukan perbezaan-perbezaan dalam pencapaian pekerjaan
seseorang.
Usul Utama Teori Pemilihan Kerjaya Roe
Pernyataan utama yang berkaitan dengan teorinya
yang telah dihasilkan oleh beliau berdasarkan minat dan keperluan individu
(dalam Brown & Brooks 1984).
1)
Pewarisan genetik
menentukan had potensi perkembangan semua ciri-ciri yang ada tetapi had
perincian serta sifat kawalan genetik keterbatasannya berbeza bagi ciri-ciri
yang berlainan.
2)
Darjah dan hala
perkembangan ciri yang diwarisi bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman yang
dialami oleh individu tetapi juga oleh semua aspek latar belakang kebudayaan
dan kedudukan sosioekonomi keluarga.
3)
Corak
perkembangan minat, sikap, dan pemboleh ubah personaliti lain dengan kawalan
genetik, yang secara realitifnya kecil atau tidak spesifik pada asasnya
ditentukan oleh pengalaman individu.
4)
Corak tenaga
psikik yang terjadi dari segi pengurusan perhatian ialah penentu utama minat.
5)
Kekuatan
keperluan-keperluan ini,kepuasan mereka dan organisasi mereka merupakan
penentu-penentu utama darjah motivasi
yang dinyatakan dalam bentuk pencapaian.
Gaya Layanan Ibu bapa
Setiap individu akan mewarisi kecenderungan untuk menyalurkan
tenaga dalaman kearah kerjaya yang tertentu. Kecenderungan ini pula banyak
dipengaruhi oleh gaya layanan yang diterima anak-anak daripada ibu bapa mereka.
Terdapat tiga teknik asas gaya layanan ibu bapa semasa mereka berinteraksi
dengan anak-anak mereka, iaitu gaya layanan mesra, dingin dan menumpu.
2.
PERKEMBANGAN KERJAYA, TEORI DAN PRAKTIS
Gaya Layanan mesra.
1)
Mesra bersahaja.
Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini memberikan kasih sayang yang
sederhana kepada anak-anak dan memberi perhatian kepada anak-anak apabila ada
masa lapang.Ibu bapa sambil lewa, mempunyai peraturan tetapi tidak
dikuatkuasakan atau dilaksanakan.
2)Mesra pengasih.
Ibu bapa memberi kemesraan dan kasih
sayang kepada anak- anak dan mereka cenderung untuk cuba membantu anak-anak
dalam menyelesaikan masalah-masalah penting dan rumit. Mereka juga memberi
pujian dan kebebasan yang munasabah kepada anak-anak mereka.
Gaya Layanan
Dingin
1) Dingin
Mengabai
Ibu
bapa yang mengabaikan gaya ini kurang memberikan perhatian dan kasih sayang
kepada anak-anak. Mereka memberi penjagaan fizikal yang minimum dan selalu
tidak menepati janji.
2)
Dingin Mengelak
Ibu
bapa yang mengamalkan gaya ini bersifat dingin, tidak mengambil berat , selalu
merendah-rendahkan kebolehan anak-anak dan sering kali menghina anak-anak.
Gaya Layanan
Menumpu
1)
Terlampau
Melindungi
Ibu bapa memberi perhatian kepada minat,memajakan
anak-anak, memberi kasih sayang, menjaga keselamatan dan kurang memberi kebebasan
kepada anak-anak. Ibu bapa juga memberi pujian dan ganjaran yang
berlebih-lebihan sering kali mencampuri urusan anak-anak.
2)Terlampau Menuntut
Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan ini selalunya
dapat memenuhi segala keperluan psikologi dan meyediakan piawaian yang tinggi
untuk diikuti oleh anak-anak. Peraturan yang dibuat sangat keras,tegas, dan
anak-anak pula tidak boleh membantah ataupun memberikan pendapat. Mereka mahu
anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan cenderung
membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebaya.
Hipotesis
Teori Pemilihan Kerjaya Roe
Sehubungan itu, Anne Roe telah mengemukakan lima
hipotesis yang menghubungkan gaya asuhan dengan pembetukan orientasi dan
seterusnya pemilihan pekerjaan.
1)
Ibu
bapa yang bersifat melindungi, menuntut dan pengasih akan menghasilkan
anak-anak- yang berkecenderungan ke arah
berorienasikan manusia dan begitu juga dalam peilihan pekerjaan.
2)
Ibu
bapa yang menolak, mengabai dan bersahaja akan menghasilkan anak-anak ke arah
berorientasikan manusia dan begitu juga dalam pemilihan pekerjaan.
3)
Anak-anak yang terlampau dituntut serta
dilindungi berkemungkinan berada dalam keadaan helah bela diri dan menjadi
tidak berorientasikan manusia.
4)
Sesetengah
ibu bapa yang mengelak dan mengabai berkemungkinan akan memilih kerjaya yang
berorientasikan manusia.
5)
Layanan
yang mencukupi kepada anak-anak oleh ibu bapa yang pengasih yang bersahaja di
samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin menjadikan keperluan
hubungan interpersonal lebih daripada keperluan peribadi.
Orientasi
Utama dan Pemilihan Pekerjaan
Teori Pemilihan Kerjaya Roe cuba menerangkan gaya
layanan yang diterima dari keluarga, keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi
dan hubungannya dengan pemilihan kerjaya yang diceburi.
Menurut Roe, (
dlm. Osipow 1973, dlm.Zunker 1981) orientasi pekerjaan boleh dikategorikan kepada
dua kumpulan utama, iaitu berorientasikan manusia dan tidak berorientasi kan
manusia.
Sehubungan dengan itu,pekerja yang bekerja dalam
sektor pekerjaan yang berorientasikan manusia selalunya dating daripada
keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu
bapanya. Sementara itu,pekerja yang bekerja dalam sektor pekerjaan yang tidak
berorientasikan manusia pula datang daripada keluarga yang mengalami suasana
hidup yang dingin dan tidak dipedulikan dangan keperluan-keperluan emosinya
tidak dipenuhi dengan secukupnya.
Teori pemilihan Kerjaya Roe juga telah mengkatogerikan
pekerjaan kepada beberapa kumpulan daripada peringkat yang paling rendah kepada
peringkat yang paling tinggi.Peringkat-perinkat tersebut adalah seperti jadual
berikut.
Jadual 4.5
Kumpulan dan Orientasi pekerjaan
Kumpulan
|
Kumpulan
pekerjaan
|
Orientasi
Pekerjaan
|
Kumpulan 1
|
Perkhidmatan
|
Manusia
|
Kumpulan 2
|
Perniagaan
|
Manusia
|
Kumpulan 3
|
Orientasi
|
Manusia
|
Kumpulan 4
|
Teknologi
|
Bukan Manusia
|
Kumpulan 6
|
Sains
|
Bukan Manusia
|
Kumpulan 7
|
Kebudayaan Umum
|
Manusia
|
Kumpulan 8
|
Seni dan Hiburan
|
Manusia
|
Jadual 4.6: Peringkat-peringkat pekerjaan
Peringkat pekerjaan
|
Keterangan pekerjaan
|
Profesional dan Pengurusan 1
|
Memiliki kelayakan ijazah
kedua dan ketiga daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
|
Profesional dan Pengurusan 2
|
Memiliki keleyakan ijazah
pertama daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
|
Separa profesional
|
Mempunyai diploma dari
institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
|
Berkemahiran
|
Mempunyai sijil kemahiran daripada
institusi latihan formal yang diiktiraf
|
Separa Berkemahiran
|
Tidak memerlukan kelayakan
akademik trtentu atau sijil kemahiran tetapi telah mendapat latihan secara
formal
|
Tidak Berkemahiran
|
Tidak memerlukan kelulusan
akademik tertentu atau sijil kemahiran
|
Komen
Terhadap Pemilihan Kerjaya Roe
Teori Pemilihan Kerjaya Roe pula telah mengutarakan
pertalian-pertalian antara persekiaran-persekitaran tertentu pada peringkat
kanak-kanak, perkembagan keperluan, personaliti dan pemilihan kerjaya.Walaupun
pada peringkat awal teori ini Anne Roe telah menggakan pendekatan sains dan
saintifik, namun teorinya sekarang hanyalah teori yang bersifat umum.Sungguhpun
AnneRoe menyatakan bahawa setiap individu dilahirkan dengan mewarisi tret-tret
psikologikal, namun idea-idea ini amat sukar untuk dikaji.Selain itu, walaupun
AnneRoe mengiktiraf kepentingan pemboleh ubah demografi social dalam pemilihan
kerjaya, namun beliau masih belum dapat secara memadai menjelakan bagaimana
pemboleh ubah ini berinterasi.
Anne Roe seperti juga kebanyakan penteori-penteori
lain talah gagal untuk mengambl kira bagaimana proses membuat keputusan yang sebenarnya berlaku.
Ini merupakan satu lagi kelemahan teori ini.Selain itu, walaupun Anne Roe mempunyai
latihan dalam bidang psikologi klinikal, tetapi beliau tidak mempunyai minat
yang mendalam untuk memperkembangkan teori ini terutama dari segi aplikasinya.
Oleh sebab itu masa depan teori ini agak kurang jelas dan tidak pasti.
TEORI
SUPER
PENGENALAN
Pada tahun
1952,Donald E.Super telah memperkenalkan
teori ini yang bersumberkan konsep-konsep kendiri yang ada dalam diri seseorang
yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dan kepuasan terakhir kerjaya
seseorang.Pemilihan kerjaya yang dibuat oleh individu akan mencerminkan
kesesuaian dengan konsep kendiri seseorang dan akan dapat memberikan kepuasan
maksimum bagi satu-satu pengalaman alam kerjaya seseorang individu.teori ini
asalnya dikatakan idea daripada rakan seangkatan Super iaitu
Ginzberg(1951),tetapi Super menjadikannya lebih kompleks dengan menambahkan
beberapa aspek seperti sosial,perkembangan dan psikologi
Menurut
Super,konsep kendiri pekerjaan seseorang terbina melalui pertumbuhan fizikal
dan mental,pemerhatian terhadap kerja,mengenal pasti melalui kerjaya orang
dewasa dan pengalaman-pengalaman umum yang diperoleh mereka.Menurut Super
lagi,apabila pengalaman dan pengetahuan semakin berkembang dalam hubung kait
dengan dunian pekerjaan,maka semakin sukar konsep kendiri pekerjaan
seseorang.Oleh sebab itu,Super lebih gemar menggunakan pendekatan berbanding
menggunakan teori.Super mencadangkan pendekatan yang dibawanya boleh diberikan
nama differential iaitu perbezaan,development iaitu perkembangan dan social
phenomenological psychology iaitu fenomena psikologi sosial.Super juga telah
mengambil kira empat unsur yang utama dalam pendekatannya iaitu peringkat hidup
semasa mencari vokasional,kematangan vokasional,pemindahan konsep kendiri
kepada konsep kendiri vokasional dan corak kerjaya itu sendiri.
PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
Menurut
Super,konsep kendiri sebenarnya adalah penilaian individu terhadap dirinya
sendiri dengan mencari kekuatan dan
kelemahan yang ada dari aspek kematangan fizikal, mental,emosi,potensi
diri,bakat semula jadi ,minat,nilai,kendiri moral dan etika,kendiri keluarga
dan significant others,kendiri sosial ,tingkah laku dan kepuasan kendiri itu
sendiri.Penilaian individu ini dilakukan secara semula jadi ,kadangkala
disedari dan tanpa disedari.Dengan kata lain,individu akan mencari
dirinya,memahami dirinya,dan akan bertindak mengikut kemampuan dirinya.
Oleh yang demikian,individu yang
mempunyai konsep kendiri positif akan
selalu dikaitkan dengan pencapaian akademik yang tinggi,pemilihan kerjaya yang
baik dan gaya kepimpinan yang cemerlang manakala individu yang mempunyai konsep
kendiri yang rendah akan dikaitkan pula dengan pencapaian akademik yang
rendah,kerjaya yang kurang baik dan dan tidak stabil serta gaya kepimpinan yang
lemah serta kucar kacir.
Berdasarkan konsep
dan fakta di atas,Super dalam
Brown&Brooks (1984) telah
membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada lima peringkat,iaitu peringkat
pertumbuhan(lahir-14 tahun),peringkat penerokaan(15-24 tahun),peringkat pengukuhan(25-44
tahun),peringkat pengekalan(45-64 tahun)dan peringkat penurunan(65 ke
atas).Menurut Super,peringkat-peringkat ini pula akan banyak mempengaruhi
pemilihan dan kestabilan kerjaya seseorang individu.
Jika peringkat-peringkat perkembangan konsep
kendiri ini tidak berjalan dengan lancar,maka individu dijangkakan akan
menghadapi kesukaran dalam menentukan proses pemilihan kerjaya pada peringkat seterusnya yang pada akhirnya individu sukar untuk memperolehi kepuasan
dalam kerjayanya.sebaliknya,jika peringkat-peringkat ini berlaku dengan
cemerlang ,dengan individu mengalami proses kematangan yang baik,maka individu
dipercayai akan mudah membuat keputusan kerjaya yang bersesuaian.
Keputusan kerjaya yang tepat dan sesuai
akan menentukan kepuasan dalam pekerjaan.Super percaya bahawa proses kematangan
konsep kendiri dalam perkembanan kerjaya
ini boleh dijadikan kurikulum yang harus dipelajari sejak dari individu lahir
sehinggalah individu mengalami penurunan.Oleh itu,untuk mencapai objektif ini,individu hendaklah bersedia
seawal mungkin bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TEORI SUPER
1)
PERBEZAAN
INDIVIDU:Dalam hal ini Super melihat manusia ialah individu yang berbeza-beza
daripada segi minat,kecenderungan,kebolehan dan personaliti masing-masing.
2)
POTENSI YANG PELBAGAI:Manusia juga dikatakan
mempunyai kepelbagaian kemampuan dan keupayaan dalam menentukan jenis kerjaya
yang diceburi.Elimen ini penting dalam kaunseling kerjaya kerana setiap
individu dikatakan mempunyai potensi untuk Berjaya dan mencapai kepuasan dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.
3)
CORAK KEBOLEHAN BEKERJA:Setiap pekerjaan yang dilakukan
dikatakan mempunyai corak-corak dan cirri-ciri tertentu yang didasari oleh
kebolehan,minat,dan tret-tret personaliti.
4)
IDENTIFIKASI DAN MODEL PERANAN:Konsep ini berdasarkan analisis pengamal psikologi
kaunseling yang mengenal pasti perkembangan individu adalah melalui keluarga
dan remaja lain atau individu-individu yang signifikan dalam kehidupannya
Pada zaman kanak-kanak dan akhirnya akan
membentuk minat kepada sesuatu pekerjaan.Peranan model-model ini juga pada
akhirnya menjadi contoh kepada perkembangan konsep kendiri individu itu
sendiri.Proses pengubahsuaian yang berterusan antara konsep kendiri dengan sesuatu
bidang pekerjaan akan juga bergantung kepada situasi tempat tinggal dan tempat
bekerja mengikut masa dan pengalaman individu dalam membuat pilihan yang tepat.
5)
KESINAMBUNGAN PENYESUAIAN:Elemen
ini dikatakan sebagai peringkat-peringkat
dalam perkembangan kehidupan yang dikategorikan kepada peringkat
pertumbuhan,peringkat penerokaan,peringkat kemantapan,peringkat pengekalan dan
peringkat penurunan.
6) PERINGKAT-PERINGKAT
KEHIDUPAN:Elemen ini menekankan
tahap-tahap perkembangan kerjaya.Cadangan Super telah dikaji oleh ahli-ahli
sosiologi dan psikologi dengan memerihalkannya sebagai satu
turutan yang dipanggil edaran mini dan edaran maksi atau dikenali dengan edaran
jangka pendek dan edaran jangka panjang.Keadaan ini bermula dengan peringkat
pertumbuhan ,diikuti peringkat eksplorasi
@penerokaan,penubuhan@pewujudan,pemeliharaan atau pengekalan dan akhirnya
peringkat penurunan.
7) CORAK KERJAYA:Peringkat pekerjaan yang
dicapai dan urutannya,kekerapan,dan jangka masa kerja percubaan dan tetap
ditentukan oleh tahap sosioekonomi ibu bapa,kebolehanmental,pendidikan,kemahiran,cirri-ciri
personaliti, kehendak, nilai, minat, tret,dan konsep kendiri serta kematangan
kerjaya juga ialah peluang-peluang yang terdedah kepada individu.
PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA
PERINGKAT
PERTUMBUHAN (0-14 tahun)
Pada waktu
ini,individu dirujuk kepada perkembangan fizikal dan psikologinya.Individu
dikatakan membentuk sikap dan mekanisme tingkah lakunya yang akan menjadi
komponen penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.Dalam pada
itu,pengalaman memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan
yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pemilihan terakhir.
Peringkat ini bermula apabila individu
mendapat kesedaran bahawa pekerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan.Hal ini
bermula pada peringkat fantasi dengan pemilihan yang ditunjukkan selalunya
tidak realistik dan berhubung rapat dengan cara hidup bermain-main.Sebagai
contoh,anak-anak ingin menjadi angkasawan,superman,batman dan idola yang
difikirkan popular,gagah,menarik,pandai,menawan hati,dan sebagainya.Pemilihan
seperti ini dilihat sebagai kabur,bersifat sementara,dan tidak begitu bererti
bagi individu pada jangka masa panjang.
PERINGKAT PENEROKAAN (15-24)
Peringkat ini
terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa tentatif dan realistik .Pada fasa
tentatif,ketika dalam peringkat penerokaan,individu mula menyempitkan
pemilihannya kepada beberapa kemungkinan.hal ini disebabkan oleh beberapa
ketidak pastian tentang keupayaan,latihan yang disediakan,peluang pekerjaan,senarai
pemilihan yang mungkin juga akan menjadi terhad dan sempit.
Pada fasa realistik,masih dalam
penerokaan,individu akan lebih menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada
pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat pula memberikan kesempatan atau
peluang-peluang yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya.
PERINGKAT PENGUKUHAN(25-44)
Peringkat ini
terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa percubaan dan stabil.Pada fasa
percubaan,individu mula memperlihatkan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman
bekerja.Pada masa ini individu mencuba,meninjau,dan menilai untuk memastikan
pilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh
direalisasikan.
Pada peringkat ini,individu mungkin sudah
menjawat satu pekerjaan dengan satu perasaan
bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jika kerjaya itu tidak
bersesuaian.Secara beransur-ansur,individu mula menimba pengalaman dan
bertambah cekap dan akhirnya menjadi fasa stabil.Dari sinilah,aspek pekerjaan
ini di bawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan itu kemudiannya diterima
sebagai sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya.Bagi sesetengah
orang,tahun-tahun inilah yang merupakan tahun yang paling kreatif baginya.
PERINGKAT
PENGEKALAN (45-64)
Peringkat ini
dicirikan dengan individu cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi
pekerjaannya.Disebabkan pekerjaan dan konsep kendirinya mempunyai hubungan yang
erat,maka proses perubahan atau penyesuaian akan terus berlaku.Individu ini
akan meneruskan situasi kerja yang dapat memberikan kepuasan yang lebih kepada
dirinya.Individu juga akan melihatnya kembali @mengubah keadaan atau aspek yang
tidak menyeronokkan atau menyakitkan dirinya.Walau bagaimanapun hal ini
tidaklah sampai terus mengeluarkan individu
tersebut dari dunia pekerjaannya.
PERINGKAT
PENURUNAN (65 KEATAS)
Peringkat ini
dikaitkan dengan waktu hampir pencen atau bersara dengan penekanan individu
pada kerja,berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang
minimum.Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun,aktiviti kerja mula
bertukar dari atas ke bawah.Langkah dan cara bekerja mula
tersangkut-sangkut,tugas mula berubah atau bentuk kerja juga turut bertukar
bagi menyesuaikan kebolehan yang mula menunjukkan penurunan.
Peringkat-peringkat perkembangan pekerjaan
Super ini dapat membentuk satu rangka untuk tingkah laku dan sikap kerjaya yang
dinyatakan menerusi lima aktiviti yang kemudiannya dikenali sebagai tugas-tugas
perkembangan kerjaya.Perkara ini dapat dinyatakan seperti dalam jadual di
bawah:
JADUAL 5.1 :
TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN KERJAYA MENGIKUT SUPER
Tugas-tugas perkembangan kerjaya
|
umur
|
Sifat-sifat umum
|
Kristalisasi
|
14-18 tahun
|
Dalam masa
proses membentuk satu matlamat umum kerjaya menerusi sumber-sumber kesedaran,minat,nilai-nilai,dan
merancang kerjaya yang dikehendakinya.
|
Pengkhususan
|
18-21 tahun
|
Dalam masa
bergerak dari pemilihan cadangan-cadangan kerjaya kepada pemilihan satu
kerjaya tertentu.
|
Pelaksanaan
|
21-24 tahun
|
Dalam masa
memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki bidang pekerjaan.
|
Kestabilan
|
24-35 tahun
|
Dalam masa
penetapan pemilihan kerjaya oleh pengalaman bekerjanya yang sebenar dan
menggunakan bakat untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu sebagai suatu yang
paling tepat.
|
Pengukuhan
|
>35 tahun
|
Dalam masa
memperkenalkannya ke dalam kerjaya yang berlanjutan status,dan senioriti atau
kekananan.
|
CORAK KERJAYA
Semua faktor
latar belakang pengalaman individu akan menyumbangkan sesuatu tindakan terhadap
sikap dan tingkah laku.Tahap sosioekonomi keluarga misalnya ialah faktor yang
amat signifikan kerana dalam lingkungan keluargalah hubungan awal individu
dengan dunia pekerjaan berlaku menerusi interaksinya dengan ibu bapa,keluarga
dan kawan-kawan.
Dengan menyaksikan
kejayaan,kegagalan,kekecewaan dan mendengar perbincangan tentang pengalaman
kerja ,perkara-perkara tersebut akan memberikan pengaruh yang besar terhadap
kerjaya individu pada masa depan.Begitu juga dengan kebolehan mental yang
merupakan faktor utama bagi kejayaan dalam bidang akademik,yang sudah tentu
akan lebih banyak membuka peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan individu.
Teori corak kerjaya ini merupakan kunci
dalam pembentukan teori asas bimbingan kerjaya kerana boleh membantu para
kaunselor khususnya kaunselor kerjaya untuk melihat dengan lebih dekat tentang
aspek sosial,pendidikan,dan kebolehan atau mobiliti pekerjaan seseorang klien.
1) Perkembangan
dapat dibimbing
Biarpun
ada bukti yang longgar menunjukkan keupayaan dan personality ialah warisan
system respond an endoktrin,ada juga bukti kukuh yang menunjukkan persekitaran
juga turut menyumbang ke arah kecerdikan dan personaliti yang berfungsi.Elemen
ini juga telah menjadi asas kepada teori yang menyatakan bahawa perkembangan
kerjaya dapat dibimbing dengan mempercepat proses kematangan,kebolehan dan
minatdan sebahagiannya lagi dengan pengujian-pengujian realiti dan
memperkembangkan konserp kendiri
individu itu.
Dengan perkataan lain,individu dapat
dibentuk untuk menuju ke arah pilihan kerjaya yang memuaskan hatinya dengan dua
cara iaitu a) membantu memperkembangkan keupayaan dan minat, b) membantu
individu mengenalpasti dan memahami kekuatan dan kelemahan dirinya supaya dia
dapat membuat pilihan kerjaya yang paling tepat.Di sinilah letaknya peranan
sekolah,guru dan kaunselor yang boleh memberikan motivasi,maklumat kerjaya dan
mengadakan ujian-ujian minat dan sebagainya.
2) Perkembangan
adalah hasil interaksi
Proses
perkembangan kerjaya sebenarnya ialah proses pembentukan dan pelaksanan konsep
kendiri.Proses ini juga merupakan tatacara sintesis dan kompromi,iaitu konsep
kendiri ialah hasil interaksi antara warisan kecerdasan,penampilan
fizikal,peluang untuk memerhati dan memainkan pelbagai peranan serta penilaian
mengenai sejauh mana hasil tindakan yang dipersetujui oleh ketua dan rakan
sejawat.
Semasa waktu pembelajaran,sebelum
memasuki dunia pekerjaan yang sebenar,seseorang individu akan menjangkakan
pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konsep kendiri
mereka.Setiap individu akan cuba mengekalkan atau mengembangkan konsep kendiri
yang disukainya dan menjurus ke arah aktiviti yang akan membenarkannya
dikekalkan atau diperbaiki imej kendiri yang ingin dimiliki itu.Pada masa yang
sama,desakan dalaman yang kuat akan menolak individu ke arah konsep kendiri
yang ideal.Keadaan ini akan akan mempertemukan konsep kendiri ideal dengan
konsep kendiri sebenar.Jika ini berlaku sudah tentu akan berlaku halangan
seperti pembatasan minda,pengalaman,minat ataupun aspek batasan diri daripada
persekitaran luaran.Faktor-faktor ini kemudiannya akan mengganggu proses pencapaian konsep kendiri ideal dan akan
berakhir dengan individu
Itu
berkompromi atau menerima sesuatu yang kurang sedikit daripada yang ideal.
PELANGI
KERJAYA KEHIDUPAN
Super(1980)
memerihalkan rajah pelangi kerjaya kehidupan,dengan rajah tersebut menekankan
perbezaan peranan yang dimainkan oleh setiap individu semasa jangka hayatnya
dan pengaruh peranan-peranan ini terhadap gaya hidup dan kerjaya.Peranan
tipikal bagi kebanyakkan orang termasuklah
kanak-kanak,pelajar,warganegara,pekerja,pasangan,pembuat rumah,ibu bapa dan
individu yang telah pencen.Peranan-peranan ini menekankan aspek sepanjang hayat
perkembangan kerjaya.
DINAMIKA
CORAK KERJAYA
Mungkin
tidak banyak yang mengetahui corak kerjaya yang dinamik.Walau
bagaimanapun,terdapat beberapa kajian,antaranya yang telah dijalankan oleh
Terman (31 kajian) yang menceritakan kecerdasan,strong(26 kajian)tentang minat
bdan Hollinghead (11 kajian)tentang status sosial.Namun begitu,tidak ada kajian
yang dibuat berkenaan dengan interaksi perkara-perkara ini dengan faktor-faktor
lain untuk menegaskan sama ada individu yang dikaji akan mempunyai corak
kerjaya yang tipikal atau tidak tipikal dengan paras sosioekonomi ibu
bapanya.Berdasarkan sebab inilah satu kajian tentang corak kerjayatelah
dilancarkan di Middleton,New York.
Sehubungan dengan interaksi individu
dengan persekitarannya semasa perkembangan ini juga,Super telah mengemukakan
satu lagi usul.Menurut Super,proses kompromi antara individu dengan
faktor-faktor sosial dan antara konsep kendiri
dengan reality merupakan satu permainan peranan,sama ada peranan yang
dimainkan itu secara khayalan seperti dalam proses temu duga kaunseling atau
pun dalam aktiviti kehidupan sebenar seperti di dalam kelas di sekolah,di
kelab-kelab pekerjaan separuh masa dan pekerjaan tetap.
Pengubahsuaian aspek kerjaya oleh konsep
kendiri dapat berlaku dengan pelbagai cara.Disebabkan dunia pekerjaan sangat
kompleks dan keperluan kemasukan dalam banyak bidang adalah sangat
sukar,perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.Untuk tujuan menguji
dulu dengan menceburkan diri dalam setiap kerjaya pada situasi kerja sebenar
adalah agak mustahil.Atas sebab ini,dengan mewujudkan satu keperluan untuk
memadankan konsep kendiri dengan tuntutannya terhadap apa-apa bidang pekerjaan
yang ditawarkan pada situasi yang sebenarnya abstrak mungkin
diperlukan.Walaupun tuntutan ini menjadi seolah-olah menjadi mimpi pada siang
hari,tetapi dengan melibatkan usaha untuk mencari pembantu professional melalui
kaunseling atau mencari pengalaman yang berkaitan boleh membantu individu
menilai kesesuaian pekerjaan dengan konsep kendirinya.
KEPUASAN
KERJA: Perbezaan individu,status dan peranan
Kepuasan
kerja dan kepuasan kehidupan adalah bergantung kepada sejauh mana individu
memperoleh jalan keluaryang mencukupi bagi menyalurkan
kebolehannya,kehendak,nilai,minat,tret-tret personaliti dan konsep
kendirinya.Segalanya bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan
,situasi kerja,dan cara hidup yang membolehkannya berperanan dan dianggap
sepadan dan sesuai dengan pengalaman ketika peringkat pertumbuhan dan
penerokaan sesuatu bidang kerjaya itu.
Seseorang individu yang berasa seronok
dan puas semasa bekerja merasakan demikian kerana kedudukannya membenarkannya
menonjolkan ciri-ciri dan nilainya yang dilihat sebagai penting.Dengan erti
kata lain,pengalaman yang digarap semasa bekerja boleh dibandingkan dengan imej
mental dirinya yang memberikan peluang yang mengcukupi untuk menjadi seperti
apa yang digambarkan oleh dirinya seperti yang diingininya.Sekiranya pekerjaan
yang diperlihatkan itu tidak memberikan keuntungan dan kepuasan kepadanya
seperti yang digambarkan olehnya,maka ia akan berasa tidak puas
hati.Ketidakpuasan ini akan mendorong individu mencari situasi kerja yang
memungkinkan dirinya berperanan seperti yang diidamkannya.
KERJA
SEBAGAI SATU CARA HIDUP
Konsep
kerjaya sebagai satu cara hidup merupakan fokus terakhir dalam pembentukan
teori ini,yang secara meluasnya diterima dan ditekankan oleh ahli sosiologi dan
psikologi dan merupakan satu perkara yang tidak asing lagi kepada
kaunselor.Satu bentuk penyesuaian kerjaya dan personaliti yang sewajarnya akan
terhasil apabila sifat semulajadi
kerjaya itu sendiri dan gaya hidup seseorang yang merangkumi
komuniti,rumah,aktiviti masa lapang,kawan-kawan dan lain-lain yang berjalan
seiring dengannya adalah serasi dan sepadan dengan kecerdasan,minat dan nilai
individu tersebut.Hal inilah yang dikatakan kerja sebagai satu cara hidup yang
menjadi elemen asas kepada teori perkembangan kerjaya.
RUMUSAN
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
Pemilihan
kerjaya dan kecekapan,situasi tempat individu
tinggal dan bekerja serta konsep kendiri individu berubah mengikut masa
dan pengalaman dan kaedah ini menjadikan proses pemilihan dan penyesuaian
sebagai satu proses yang berterusan.Proses perubahan ini bolehlah dikatakan
sebagai peringkat-peringkat kehidupan yang dikategorikan sebagai peringkat
pertumbuhan,penerokaan,pengukuhan,pengekalan,dan penurunan.Peringkat-peringkat
ini boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat yang lebih khusus,misalnya
peringkat penerokaan;fantasi,tentative,dan realistik,dan peringkat pengukuhan;percubaan
dan kestabilan.Corak semula jadi kerjaya iaitu peringkat pekerjaan yang dicapai
dan urutannya,kekerapan,serta jangka masa kerja percubaan dan tetap adalah
ditentukan oleh paras sosioekonomi ibu bapa,kebolehan mental,cirri-ciri
personaliti dan peluang-peluang yang terdedah kepada individu.
Perkembangan dalam peringkat kehidupan
boleh dibimbing sebahagiannya dengan mempercepat proses kematangan,kebolehan
dan minat dan sebahagiannya lagi dengan membantu pengujian realiti dan
perkembangan konsep individu.Proses perkembangan kerjaya sebenarnya ialah
proses pembentukan dan pelaksanaan konsep kendiri iaitu satu proses kompromi
dengan konsep kendiri adalah hasil daripada interaksi kecenderungan,warisan
system neutral dan endoktrin,peluang-peluang untuk memainkan beberapa peranan
dan penilaian tentang sejauh mana hasil peranan dipersetujui oleh ketua dan
rakan sejawat.
Proses kompromi antara individu dengan
faktor-faktor sosial dan antara konsep kendiri dengan realiti ialah satu
permainan peranan,sama ada peranan yang dimainkan itu secara khayalan seperti
dalam temu duga kaunseling atau dalam aktiviti kehidupan sebenar seperti di
dalam kelas di sekolah,di kelab-kelab pekerjaan separuh masa dan pekerjaan
tetap.Kepuasan kerja dan kehidupan hidup bergantung kepada sejauh mana individu
memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan
kebolehannya,minatnya,tret-tret personalitinya serta nilai-nilainya,juga
bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan,situasi kerja dan
cara kehidupan yang membolehkannya untuk memainkan beberapa peranan yang
dianggap sepadan dan sesuai dengan pertumbuhan dan pengalaman –pengalaman penjelajahannya.
Rujukan
1) Sidek
Mohd Noah (Perkembangan Kerjaya, Teori dan Praktis)
2) Career
Counseling 5th Edition. Applied Concepts of Life Planning, Verniong
No comments:
Post a Comment