KAJIAN KES MAT REMPIT MENGGUNAKAN PENDEKATAN PSIKOANALITIK
Perspektif yang akan disentuh disini ialah pandangan Sigmund Freud berkaitan struktur personaliti. Beliau mengemukakan Teori Psikoanalitik yang menyentuhtentang pembentukan personaliti berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu (a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b) keperluan untuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenali sebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri yang dikenali sebagai superego. Ketiga-tiga kehendak tersebut sering tidak dapat ditunaikan oleh seseorang secara serentak. Ini menyebabkan kita bertindak mengikut kehendak diri sendiri. Inilah yang berlaku kepada mat rempit di jalanan Sebagai contoh, mereka tahu merempit menyalahi undang-undang serta bertentangan dengan kehendak ibu bapa mereka.
Namun oleh kerana terikut dengan kawan ataupun tarikan daripada keseronokan luar yang lebih menarik keseronokan daripada pelajaran yang terdapat di sekolah, telah menyebabkan mereka sanggup ponteng sekolah demi memenuhi kehendak diri sendiri untuk merempit. Inilah unsur memenuhi keseronokan yang disebut sebagai id. Jika remaja tersebut dapat berfikir bahawa merempit menyalahi undang-undang jalan raya, maka remaja telah mencapai tahap ego. Peringkat superego dapat dicapai apabila kod moral remaja tersebut selari dengan id dan ego lalu merealisasikannya dengan tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan juga bertentangan dengan prinsip moral diri yang tidak sanggup melakukan perkara yang salah.
Jika tahap ini berjaya dicapai maka tingkah laku remaja berada di landasan yang betul dan selari dengan kehendak kerajaan. Ketiga-tiga kuasa dalaman ini bertindak dalam zon yang dipanggil unconscious iaitu tidak sedar. Dalam menyelesaikan permasalahan dalam zon unconscious ini, Freud telah mengenal pasti strategi yang dipanggil defence mechanisms (mekanisma untuk mempertahankan) yang merupakan suatu usaha untuk mempertahankan sebarang tindakan yang telah dilakukan oleh individu. Defence mechanisms yang pertama ialah rationalization. Apabila kita mula bertindak untuk melakukan sesuatu, kita telah bersedia dengan jawapan tentang mengapa kita bertindak demikian. Contoh remaja yang pertama kali ingin merempit akan memberi alasan pada diri sendiri, tindakan merempit tersebut tidak mengapa kerana itulah pertama kali dia merempit dan tidak merasa rugi apabila terpaksa memonteng kelas tambahan atau sebagainya..
No comments:
Post a Comment