Tuesday 30 October 2012

STRUKTUR PERSONALITI



Teori psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud menyatakan tentang struktur personaliti yang terdapat dalam diri manusia. Bagi Freud, personaliti terbentuk berasaskan kepada 3 sistem iaitu Id, Ego dan Super ego. Ketiga-tiga sistem ini saling berkait iaitu melalui  interaksi yang berlaku apabila adanya tingkah laku.
Id- Bagi Freud, id sebagai sistem personaliti yang asas dalam mengenalpasti apa yang diwarisi sejak lahir termasuk instinct.Di dalam id mengandungi tenaga terkumpul yang dipanggil tenaga psikik atau tenaga jiwa yang akan menggerakkan sistem ego dan super ego. Freud juga menyatakan bahawa id beroperasi mengurangkan ketegangan yang dipanggil sebagai prinsip keseronokan atau pleasure principle  iaitu ia akan dikeluarkan secara serta merta dan akan memulangkan keadaan organisma kepada keadaan keseimbangan atau disebut sebagai homeostatik.Ini bermakna id berfungsi untuk memenuhi kehendak organisma dengan mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keseronokan tanpa mengambil kira realiti moral.

Ego-Menurut Freud, ego wujud untuk membuat transaksi dengan dunia realiti yang objektif. Ego bertanggungjawab untuk membuat keputusan tentang instinct untuk memuaskan dan menjadi orang tengah atau kehendak di antara id, super ego dan dunia sebenar.Ego mengawal di dalam diri organisma dan mengenakan cirri intelektual dan sebab-sebab untuk memuaskan kehendak organisma. Ego perlu fikir waras,logic dan rasional. Ego memberi kepuasan pada id tanpa mengenepikan moral. Ego dikatakan beroperasi dengan prinsip realiti.

Super ego- Super ego mewakili nilai asal dan tradisi masyarakat yang diturunkan kepada kanak-kanak melalui sosiolisasi di dalam keluarga. Ibu bapa akan menunjukkan tingkahlaku yang baik dan memberi hkuman jika anak- anak melakukan kesalahan. Super ego mengandungi 2 subsistem iaitu conscience yang menghukum kita dengan rasa bersalah dan dan ego ideal yang memberi ganjaran dalam bentuk kebanggaan.Super ego berfungsi sebagai mengawal tindakan id dan meyakinkan ego untuk menukar matlamat moralistic kepada yang lebih realistik dan mengejar keunggulan.

Kesimpulannya, Freud menganggap personaliti adalah sistem kuasa yang kompleks yang mengandungi interaksi antara kuasa pendorong id dan kuasa bertahan ego dan super ego.

No comments:

Post a Comment