TEORI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW
Latar Belakang Abraham Maslow
Abraham
Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama
Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi
bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama
dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan
Maslow dengan adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada
Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah
menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia,
Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.
Maslow
amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa dan
bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.
Abraham
Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun
1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn
College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang
akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi
Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang
kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan dengan
perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas
kesihatan dirinya.
Maslow
berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di
usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.
Teori Humanistik Mengikut Pandangan
Abraham Maslow
Maslow melihat
individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.
Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri
individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar.
Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa
andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri
individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.
Maslow
menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran
yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi
oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang
perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan
perbezaan generasi.
Personaliti
yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering
mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari
keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan
keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan
oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam
bentuk hieraki.
Menurut beliau
keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi
terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata
lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat
pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow juga
menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan
di peringkat tinggi. Antaranya :
Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita
dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan
itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.
Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang
mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat
tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan
pertumbuhan.
Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang
semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
1. Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia
yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan
tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini,
keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini
dipenuhi.
2. Keperluan
Keselamatan
Setelah keperluan
ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan
masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran
mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
3. Keperluan Kasih
Sayang dan Kepunyaan
Dalam
memenuhkan keperluan kasih sayang pula,
manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah
haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain.
Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.
4. Keperluan
Penghargaan Kendiri
Tahap seterusnya
adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang –
kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan
kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin
dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan
Kendiri
Akhir sekali usaha
manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap
kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu
inginkan kesempurnaan kendiri.
Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai
Kesempurnaan Kendiri
Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan
manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat
menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai
tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :
- Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.
- Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
- Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.
- Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya.
- Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
- Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
- Bersikap objektif.
Rumusan Metadologi
- Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.
- Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat (Maslow, 1954).
- Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup.
Kritikan
Teori
Maslow sungguh terkenal dalam bidang psikologi dan juga bidang – bidang lain
seperti bidang pengurusan, bidang kejururawatan dan bidang pendidikan. Hierarki
keperluan yang dikemukakan oleh Maslow dianggap sebagai sesuatu yang logik dan
mudah. Tetapi ianya dianggap kompleks apabila kemungkinan wujud tingkah laku
secara sedar.
No comments:
Post a Comment