Teori Kaunseling Behaviorisme
Fungsi Teori :
(1) Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian
(2) Menguasai keadaan tertentu
(3) Buat ramalan
Kepentingan Teori:
(1) Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor.
(2) Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien
(3) Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling.
Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme
(1) Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov
(2) Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan)
(3) Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara
berfikir)
Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya)
(1) Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel.
(2) Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman
(3) Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman
(4) Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh
diramal.
(5) Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp
persekitaran dan rangsangan dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti.
Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner
(1) Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu. (2) Tiada TL bersahaja,
semuanya dipengaruhi persekitaran.
(3) Personaliti terbentuk dengan peneguhan (4) TL boleh diubah dgn melemah
peneguhan (proses pelupusan)
(5) Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan)
Strategi membantu Klien
(1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor
boleh ajar cara beri pendapat.
Ada hadnya: (a) Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor.
(b) Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru.
Faedah: (a) Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu.
(b) Teknik meluaskan kesedaran klien
(c) Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin.
(2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri
Kaedah: (a) role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa
klien buat.
(b) teroka dan takrifkan masalah.
(c) role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor
(d) laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti
(3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian.
Kaedah: (a) Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat
Token Ekonomi.
(b) Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa).
(c) Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten.
(d) Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan.
(e) TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah.
(4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif
dlm proses kaunseling.
Ciri2 (a) Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling.
(b) Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu.
(c) Proses pemikiran klien diberi tumpuan.
(d) Klien dijangka berusaha berubah.
(e) Klien belajar peneguhan kendiri.
(f) Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat
penjelasan.
(g) Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar.
Kaedah: (a) Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik,
difahami, blh diukur)
(b) Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat
perakam, kertas, pen)
(c) Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) &
ambil langkah sesuai (sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan
rangsangan tidak dikehendaki)
(d) Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka
pendek/panjang)
(e) Teruskan kejayaan & kira apa yg dicapai.
(Contoh: Kaitkan Proses individu gemuk nak turunkan berat badan)
bestnye muzik ni.. ape tajuk dye ea? mcm familiar je :)
ReplyDelete