Tuesday 30 October 2012

OCEAN



1)      Opennes to experience (mempunyai sikap terbuka)
Individu yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea. Di samping itu mereka suka terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi individu yang terdiri dalam  golongan ini, mereka menganggap bahawa dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka. Setiap  pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya. Individu yang mepunyai sikap sebegini dikatakan mempunyai stress yang rendah. Mereka tidak akan mensia-siakan pengalaman yang ada. Individu ini juga mempunyai sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu yang cantik serta menghargai kesenian. 

Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir dengan cara tersendiri atau lebih dikenali sebagai individualistik. Individu yang suka membandingkan diri mereka dengan diri orang lain dan bersikap individualistik mudah mendapat stress. Individu  yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai presepsi dan daya pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang kompleks. Mereka mempunyai tanggapan yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik. Apabila berlaku perubahan drastik, individu yang berada dalam golongan ini mudah mendapat stress. 

Pada pandangan ahli sosiologi, sikap terbuka adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran tidak-tanduk mereka. Walau bagaimanapun, pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis. Oleh itu, individu yang mempunyai sikap terbuka turut mengalami stress tetapi pada tahap yang rendah.

2)      Conscientiousness (mempunyai kesedaran)
            Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti di mana seseorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan. Individu dalam golongan ini juga bertindak mengikut kesedaran mindanya. Ciri-ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang merangkumi kehidupan seharian, persekitaran dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawal, mengurus dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima. Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu, menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin, bercita-cita tinggi dan suka pada kehidupan yang teratur. Individu yang mempunyai sikap sebegini mempunyai tahap stress yang sederhana.

Namun begitu, masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering berkerja keras dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran. Golongan yang kurang mempunyai kesedaran lazimnya akan dikritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan dicopkan sebagai orang yang membosankan.

Menurut satu kajian yang di lakukan, kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)

3)      Extraversion
Menurut  Carl Jung (1875-1961) , personaliti seseorang individu dapat dikategorikan kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang agresif atau aktif di mana mereka suka bersosialisasi dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Mereka menyokong kepada perubahan dan bersifat optimis. Mereka  penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif dan terbuka. Golongan ini peramah dan suka menyapa orang yang baru dikenali. Hal ini bermakna orang ektrovert disenangi orang sekelilingnya dan mempunyai ramai kawan. Golongan seperti ini juga jenis yang berani tampil ke hadapan, suka bercakap dan melontarkan idea mereka serta golongan ini sentiasa mendapat perhatian orang lain. Orang Extrovert sesuai berorganisasi kerana golongan ini berani membuat keputusan. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan. Kebiasaan bagi pelajar sekolah yang berpersonaliti ini suka melanggar peraturan sekolah dan mempunyai masalah disiplin. Orang extrovert adalah orang yang susah dilanda stress kerana sikapnya yang terbuka.
            Terdapat satu golongan yang berlawanan daripada kumpulan Extrovert iaitu golongan Introvert. Antara ciri personaliti yang dimiliki oleh golongan ini adalah seperti pasif, kurang bertenaga, suka bersendirian, pendiam, emosional dan biasanya kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling dan tidak ramai kenalan. Walaupun mereka kurang penglibatan dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”. Orang introvert biasanya mempunyai perasaan malu yang tinggi dalam dirinya. Mereka lebih suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Golongan ini cepat stress kerana personaliti yang ada pada dirinya.

Jika dikaji dengan sebaik-baiknya, sebenarnya tiada individu yang terdiri daripada salah satu sifat-sifat di atas tetapi setiap individu itu mempunyai kedua-dua ciri-ciri personaliti ini. Kalau ekstovertnya tinggi, mungkin introvert akan rendah begitu juga sebaliknya. Setiap individu dikatakan mempunyai kedua-dua ciri-ciri ini kerana mereka akan menunjukkan tingkah laku berdasarkan keadaan atau situasi pada satu masa tertentu. Apa yang membezakan ialah kadang-kadang individu dipengaruhi secara dominan daripada salah satu sifat di atas. Gabungan di antara kedua-dua ciri-ciri ini dinamakan ambivert di mana ia merupakan seoang yang aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum bercakap atau memberi pendapat. Golongan ini kadang kala stress dan kadang kala tidak.

4)      Agreeable
Setiap manusia mempunyai pelbagai personaliti dan gaya yang membawa mereka kepada satu perwatakkan dalam kehidupan merka. Personaliti seseorang itu lebih cenderung menunjukkan sikap dan tingkahlaku sama ada positif mahupun negatif. Oleh itu, setiap manusia diberi akal fikiran untuk berfikir secara rasional bagi melakukan seseatu perkara yang boleh membawa kesan positif ataupun negatif melalui perbuatan mereka sendiri. Setiap tingkahlaku dan perbuatan mereka secara tidak langsung akan mempengaruhi personaliti mereka sendiri. Hal ini akan membawa mereka kepada tekanan yang mampu mempengaruhi seluruh kehidupan mereka.

Terdapat beberapa ciri personaliti seseorang individu antarannya adalah agreeable atau persetujuan. Agreeable merupakan satu personaliti yang menunjukkan sifat yang berfikiran terbuka, mempunyai pendapat yang sama dan senang mencapai sesuatu persetujuan. Ciri personaliti agreeable tidak membawa tekanan kepada seseorang individu. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku seseorang yang bertimbang rasa, suka membantu dan bertolak ansur. Apabila seseorang individu itu mudah bertimbang rasa terhadap sesuatu perkara, contohnya menerima tugasan yang lebih banyak daripada rakan-rakan yang lain. Situasi ini tidak membawa tekanan kepada individu tersebut kerana beliau sudah bersip sedia dan menerima untuk melakukan tugasan tersebut dengan senang hati. Secara tidak langsung individu tersebut tidak akan mengalami sebarang tekanan ketika melaksanakan tugasan tersebut dan melakukan tugasan itu dengan baik.

Selain itu, individu yang memiliki ciri personaliti agreeable seperti mementingkan kerjasama dan semangat berpasukan lebih cenderung untuk melakukan sesuatu perkara secara berkumpulan. Individu yang memiliki sifat dan perasaan ini tidak mengalami tekanan dalam kehidupan mereka ketika menjalankan sesuaut tugasan. Contohnya, guru memberikan satu tugasan yang perlu dilakukan secara berkumpulan. Situasi seperti ini memberi kebaikan kepada individu yang mempunyai sifat bekerjasama dan semangat berpasukan kerana mereka boleh melaksanakan tugasan tersebut secara bersama. Hal ini langsung tidak membawa tekanan kepada individu tersebut. Ketika dalam membuat tugasan tersebut setiap ahli kumpulan boleh menyuarakan pendapat dan berkongsi segala masalah yang dihadapi. Tetapi, jika individu tersebut melaksanakan tugasan tersebut secara individu, maka individu tesebut akan mengalami tekanan kerana ia perlu menyiapkan tugasan tersebut secara berseorangan.

Ciri-ciri  personaliti agreeable seperti peramah, mudah berkawan dan berfikiran terbuka mudah untuk bergaul dan bersosial dengan masyarakat. Individu yang memiliki sifat ini cenderung untuk tidak mengalami tekanan. Hal ini kerana individu ini mempunyai ramai kawan atau sahabat yang boleh diajak bersama-sama melakukan perkara-perkara positif seperti bersukan, bersiar-siar dan bergotong-royang. Keadaan seperti ini boleh membawa individu tersebut melakukan perkara-perkara yang boleh menceriakan dan mengembirakan dalam kehidupan mereka. Contohnya, individu tersebut boleh mengajak kawan-kawan mereka bermain bola sepak bersama-sama pada hujung minggu. Keadaan ini boleh mengurangkan dan menghilangkan  tekanan yang dialami individu itu sendiri ketika bermain bola sepak bersama kawan-kawannya. Justeru itu, sifat ini perlu dipupuk dalam diri individu itu sendiri untuk mengelakkan pelbagai tekanan yang akan dihadapi hari demi hari dalam kehidupannya.

Seterusnya, individu yang mempunyai sifat seperti suka menolong, memberi bantuan secara ikhlas, berperikemanusiaan dan sebagainya merupakan salah satu ciri-ciri personaliti agreeable. Sifat seperti ini jarang sekali dimiliki oleh seseorang individu kerana kebanyakan individu lain hanya memikirkan dan mementingkan diri sendiri sahaja. Individu yang memiliki sifat ini tidak mengalami tekanan dalam kehidupan mereka. Contohnya, individu yang menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan masa untuk membantu mereka yang susah dan miskin. Hal ini menunjukkan bahawa individu yang mempunyai sifat ini mempunyai kehidupan yang lebih teratur dan hidup dalam keadaan yang tenang. Individu tersebut menganggap segala bentuk bantuan yang dihulurkan mungkin akan dibalas dengan kebaikan yang lain.

Selain itu juga, ciri-ciri personaliti agreeable berhubungkait dengan individu yang mempunyai pandangan optimistik terhadap orang lain. Optimistik bermaksud penuh harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu perkara. Hal ini bermaksud individu yang memiliki sifat ini merupakan seorang yang berprasangka baik, berfikiran positif dan tidak berasa curiga dengan kebaikan orang lain. Contohnya, Ali merupakan seorang yang kaya, maka ramai yang mahu berkawannya. Oleh itu Ali perlu berprasangka baik dan berfikiran positif apabila ramai rakan sekerja yang mahu berkawan dengannya. Situasi ini mungkin berlaku kerana Ali seorang yang kaya tetapi dia juga tidak sombong dan sentiasa membantu kawan-kawannya yang lain. Individu seperti ini kurang mengalami tekanan kerana ia merasakan perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

5)      Neuroticism
            Salah satu daripada jenis-jenis personaliti adalah neuroticism. Personaliti neuroticism lebih bersifat neurotic iaitu mempunyai gangguan emosi akibat daripada konflik yang tidak dapat diselesikan. Sehubungan dengan itu, emosi seseorang individu yang tidak stabil lebih cenderung untuk melakukan perkara – perkara negatif. Hal ini seterusnya akan menyebabkan individu tersebut akan mengalami tekanan emosi yang berpanjangan jika masalah yang dihadapi tidak diselesaikan dengan segera. Oleh itu, ciri-ciri personaliti neuroticism ini menyebabkan tekanan kepada individu yang mengalami masalah emosi yang serius. Emosi yang mudah terganggu dengan konflik yang berlaku akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain.
            Ciri-ciri personaliti neurotocism seperti individu yang suka berpandangan negatif terhadap orang lain. Individu yang memiliki sifat ini akan menunjukkan emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kemuraman dan kebimbangan. Individu ini juga sering berasa curiga, sangsi, sukar berkawan dan suka bersendirian. Individu yang mempunyai sifat-sifat ini akan sentiasa mengalami tekanan dalam kehidupan mereka. Contohnya, individu tersebut yang sukar berkawan dan suka bersendirian cenderung menunjukkan pandangan negatif terhadap orang lain. Individu seperti ini merasakan bahawa perbuatan dan tingkah laku orang ramai akan memberi kesan yang tidak baik kepada dirinya. Keadaan ini menjadikan individu tersebut tidak dapat berfikir secara rasional dan seterusnya menjauhkan diri dari orang ramai. Perbuatan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada diri individu itu sendiri tetapi akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Selain  itu, ciri-ciri personaliti neuroticism adalah seperti tingkah laku individu yang lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Individu yang mempunyai sifat seperti ini lebih mudah terganggu dengan perkara-perkara yang menyeramkan, menyedihkan dan sebagainya. Individu jenis ini mudah mengalami tekanan yang serius kerana ia berhubungkait dengan perasaan dan emosi seseorang. Contohnya, individu tersebut telah mengalami kematian salah seorang daripada ahli keluarga. Peristiwa ini akan membuat individu tersebut berasa sangat sedih dan seterusnya meyebabkan tekanan terhadap emosi. Secara tidak lansung tingkah laku dan emosi seseorang individu itu akan cepat berubah dan sukar dikawal. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih agresif dan boleh mencederakan orang lain. Tambahan pula individu yang memiliki sikap seperti ini sukar untuk menangani emosi dan tekanan yang dihadapi dengan berkesan.

Seterusnya, individu yang mempunyai ciri-ciri personaliti neuroticism lebih cenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai satu ancaman yang boleh mengancam nayawa. Individu yang memiliki sifat ini akan berasa tidak tenteram sepanjang masa kerana sering berfikir tentang perkara-perkara yang negatif. Hal ini berlaku disebabkan peristiwa atau pengalaman lepas yang telah dialami oleh individu tersebut sehingga peristiwa tersebut masih lagi terbayang-bayang dalam fikirannya. Contohnya, individu tersebut pernah mengalami kemalangan ketika ingin melintas di jalan raya. Oleh sebab itu individu tersebut berasa takut setiap kali terlihat jalan raya yang mempunyai banyak kenderaan. Walaupun perkara seperti ini dianggap biasa bagi individu lain, namun bagi individu yang mempunyai sifat ini akan merasakan bahawa diri mereka sentiasa dalam bahaya. Sehubungan dengan itu, individu ini mudah mengalami tekanan apabila teringat tentang peristiwa lepas.

Seseorang individu yang sering berasa kecewa terhadap diri sendiri juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri personaliti neuroticism. Kekecewaan yang dialami oleh seseorang individu itu akan mempengaruhi perbuatan dan tingkah laku yang boleh membawa kesan buruk kepada diri individu itu sendiri. Individu yang mempunyai sifat ini akan merasakan bahawa diri mereka tidak berguna dan selalu membuat masalah kepada orang lain. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan individu ini mengalami tekanan yang sukar untuk ditangani. Contohnya, individu tersebut gagal dalam peperiksaan SPM dan berasa kecewa terhadap diri sendiri dengan apa yang berlaku. Akibatnya individu tersebut akan mengalami tekanan disebabkan tidak mampu untuk menanggung kekecewaan yang dialami. Situasi ini seterusnya membawa kepada konflik yang lebih teruk sehingga boleh mencederakan diri sendiri apabila mencapai suatu tahap yang tinggi.

Selain daripada itu, ciri-ciri personaliti neuroticism juga merangkumi individu yang  mudah dipengaruhi sama ada melalui emosi, persekitaran ataupun rakan sebaya. Individu yang memiliki sifat seperti ini lebih mudah menerima dan mengikuti apa sahaja perkara baru dalam kehidupan mereka. Tetapi dalam jangka masa yang panjang  individu tersebut akan mengalami tekanan. Contohnya, melalui faktor persekitaran, kenaikan harga barang keperluan menyebabkan individu tersebut perlu berjimat cermat. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kehidupan individu tersebut. Disamping itu juga, individu tersebut perlu membuat perbelanjaan yang teratur dan mengelak daripada membeli barang-barang yang mengikut kehendaknya . Jika perbelanjaan seharian individu tersebut tidak menentu, hal ini akan menyebabkan barang keperluan tidak mencukupi dan seterusnya berlaku tekanan.

No comments:

Post a Comment