Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat
penting. Kelemahan seseorang menguruskan masa dengan efektif akan
menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan.
Pengurusan masanya
yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi
impak yang besar dalam kehidupan seseorang.
Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.
Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah: ”Tersusun dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

Pengurusan Masa ialah perihal mengurus masa (waktu)dengan
sebaik mungkin,sehingga masa (waktu) membawa munafaat bagi semua pihak. Begitu
pentingnya masa,sehingga Allah s.w.t.mengingatkan kita supaya menggunakan masa
itu dengan sebaik-baiknya.
Allah berfirman: "Demi masa,sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat
(nasihat-menasihati)dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihatmenasihati) dengan
kesabaran." (Q.S.al-'Ashr:1-3)
Dalam firman Allah dalam surah al-'Ashr,mengingatkan kita
sesungguhnya kita manusia berada dalam kerugian,karena tak pandai menggunakan
masa dengan sebaik mungkin.Sehingga ramai manusia yang membuang masa.
Boleh jadi dengan melepak disimpang-simpang jalan sambil
menggangu orang yang lalu lalang. Ada yang membuang masa dengan percakapan yang
tidak berfaedah, ada yang menghabiskan masa dengan bertengkar, maki hamun,
menabur fitnah, mengadu domba, berkhayal dan berbagai lagi amal perbuatan yang
merugikan.
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan
bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan
empat perkara:
1)Beriman, iaitu memiliki aqidah yang kukuh dan apa yang disyari‘atkan oleh Allah.
2)Melaksanakan amal solih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan
zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat
baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran
dan profesional dalam kerjaya.
3)Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
4)Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

MASA : KUALITI ATAU KUANTITI ?
Dari segi logiknya setiap individu memiliki masa yang sama
banyak.Masa tidak dapat disukat secara terperinci kerana setiap individu
mempunyai sukatan peribadi tersendiri disamping berpandukan kiraan waktu
melalui penggunaan jam.
Apa yang pasti ialah masa tetap beredar dan apabila ia sudah
berlalu,tidak mungkin ia boleh kembali.Sekiranya tahun ini umur anda 20
tahun,tahun depan pasti meningkat ke 21 tahun.Ia tidak mungkin kekal 20 tahun
apatah lagi kurang daripada itu.
Kita semua memiliki masa sebanyak 24 jam sehari, 7 hari
seminggu, 4 minggu sebulan dan dan 365 hari setahun.Tidak kurang dan tidak
lebih daripada itu.Walau bagaimanapun,masih ada keadilan buat mereka yang
merungut “tidak cukup masa” kerana setiap 4 taun sekali terdapat pertambahan
hari dalam setahun,iaitu menjadi 366 hari.
Mengapa sesetengah orang seolah-olah mempunyai lebih banyak
masa berbanding dengan orang yang lain? Atau mengapakah kita menganggap mereka
mempunyai masa yang berlebihan? Disinilah kita perlu meneliti sejauh mana masa
itu digunakan bukannya apa yang anda sedang atau terpaksa lakukan tetapi apa
yang anda mahu lakukan.
Anda mungkin bangga apabila dapat melaksanakan banyak tugas
dalam satu masa tetapi adakah hasilnya memuaskan atau berkualiti?Kuantiti masa
sebenarnya lebih mudah diperoleh daripada kualiti masa tetapi sekiranya anda
melakukan tugas-tugas yang tidak penting,tidak bermanfaat,tidak produktif
ataupun yang tidak mengggembirakan,anda hanyalah membuang masa.Jadi apalah
maknanya membereskan banyak kerja dalam satu masa sedangkan mutu kerja yang
dihasilkan serta masa yang digunakan itu tidak berkualiti .Sudah pasti kita
tidak mahu hasil kerja kita dianggap seperti”melepaskan batuk ditangga”
PERANGKAP MASA
Saya yakin
kalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak
dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk
melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah
Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang
disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan
masa?
Sebenarnya apabila Allah s.w.t. mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.

Allah s.w.t. telah bersumpah dengan masa. Lantaran masa itu telah terlalu
penting khususnya didalam membuat persediaan untuk menempuhi alam akhirat.
Didalam hal ehwal keduniaanpun, penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan
hasil yang menguntungkan.
Oleh yang demikian, demi masa, saya menyeru remaja di zaman yang serba moden ini menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t.. Masa itu ialah satu perkara yang sangat utama bagi kita semua untuk dikendalikan dengan sebijak-bijaknya tanpa membazirkannya dengan kerja-kerja kurang atau langsung tidak mendatangkan faedah.
Penyalahangunaan masa bukan sahaja merugikan kita di dunia bahkan diakhirat. Di akhirat, apabila semua manusia dihadapkan di makamah Allah s.w.t., tiada seorangpun akan dibenarkan bergerak selagi tidak dikemukakan kepadanya lima persoalan berikut:
Oleh kerana masa tidak dapat ditukar-ganti atau pun diulangi gunakanlah masa dengan sebijak-bijaknya. Ada eloknya kita tinjau kedalam kehidupan seharian kita untuk kita kenal dan pastikan di manakah masa yang bernilai itu dibuang begitu sahaja.

ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH PENGURUSAN MASA?
Apabila membicarakan tentang pengurusan masa,sebilangan
besar golongan pelajar suka mengamalkan sikap menangguhkan kerja yang patut
dilaksanakan kerana mereka lebih gemar melakukannya pada saat-saat akhir.
Budaya “goyang kaki” sering kali wujud apabila pelajar
mempunyai terlalu banyak masa untuk menyelesaikan sesuatu tugas.Mereka hanya
bertindak apabila terpaksa atau apabila dirasakan perlu.
APAKAH FAKTOR
UTAMA YANG MELETAKKAN DIRI ANDA DALAM PERANGKAP MASA?
Perangkap masa! Bunyinya aneh tetapi apabila membicarakan
tentang pengurusan masa, anda sebenarnya tidak dapat lari daripada membicarakan
perangkap masa .
Anda seolah-olah dikurung atau diikat oleh situasi tertentu
yang menghalang anda melakukan apa yang ingin anda lakukan .
Apabila anda tidak berjaya melepaskan atau meleraikan diri
daripada ikatan tersebut,anda dikatakan betada dalam perangkap masa.
Terdapat dua faktor yang meletakkan kita dalam perangkap
masa iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.Faktor luaran ialah faktor di
luar kawalan kita.
Faktor luaran seperti kehadiran tetamu dan panggilan telefon
banyak mengambil masa kita.
Faktor dalaman pula berkait rapat dengan diri,sikap dan
kawalan diri anda sendiri. Anda perlu mendisiplinkan diri supaya semua tugas
dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment