APA ITU KAUNSELING INDIVIDU?
Kaunseling yang paling terkenal dan popular ialah kaunseling individu. Pada peringkat awalnya, kaunseling begini dipraktikkan di sekolah-sekolah sebagai program bimbingan. Dalam kaunseling ini temubual hanya di antara seorang klien dengan kaunselornya.
Definisi umumnya,kaunseling individu didefenisikan sebagai suatu pemusatan hal peribadi,hubungan bersemuka antara dua manusia dalam mana seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya akan menyediakan situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali diri,sehingga membolehkannya menggunakan sifat-sifat dan kemungkinan-kemungkinan bagi memenuhi diri sendiri,orang ramai dan belajar bagaimana menyelesaikan masalah-masalah dan memenuhi kehendak-kehendak masa depan.
Gibson dan Mitchell mendefinisikan kaunseling sebagai satu perhubungan dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan fokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien,perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Proses ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan.
Rogers (dalam Capuzzi dan Gross, 1991) juga mendapati bahawa ada beberapa dasar pembentukan hubungan antara pelanggan dan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama adalah klien yang mengalami keadaan tidak tenteram,risau menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan ini.
Zuraidah Abdul Rahman (dalam Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu hubungan yang bersemuka di mana pelanggan mendapatkan bantuan dari kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan pelanggan secara tulen, saling menghormati, dan penekanan pada keperluan dan perasaan pelanggan.
Shertzer dan Stone (1986) menekankan kaunseling individu sebagai suatu proses interaksi bermakna yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.
Kamarulzaman Jamal (Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai hubungan antara manusia dan pihak lain di mana itu adalah untuk membantu orang lain menyelesaikan konflik atau percanggahan tidak dapat diselesaikan.
Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati bahawa kaunseling individu adalah konvergensi peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila kaunselor dengan kemampuan yang ada menyediakan situasi belajar yang membolehkan pelanggan untuk mengenal diri sendiri, membuat perubahan pilihan, sikap perubahan , membuat keputusan dan pemilihan memenuhi keperluan mereka sendiri.
Sebagai kesimpulan, kaunseling individu, kaunselor adalah pertemuan dengan pelanggan untuk menyediakan proses komunikasi atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek adaptasi dan pertumbuhan pelanggan dan diikuti oleh pengambil keputusan yang terbaik daripada alternatif dan mencipta interaksi komunikasi yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan kendiri serta penjelasan keatas beberapa matlamat dan alternatif penyelesaian
CIRI KAUNSELING INDIVIDU
Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan,pengetahuan tentang cirri-ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.
a)konselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan.
Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan bukanlah perkara yang mudah
dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu,klien berkonflik dengan dirinya untuk
membuat keputusan untuk meminta bantuan atau sebaliknya.
b)Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta
limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi yang meleset.
c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika
tidak berupaya menangani keperluan klien dengan mencadangkan perkhidmatan lain yang
lebih dominan dan signifikan dengan konflik yang dialami oleh klien.
d)Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk menyakinkan klien
bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di samping klien bebas memberi
maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan dapat menbantu kaunselor membantunya.
e)Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan orang lain,maka
adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada pihak tertentu atau dirujuk
kepada pihak pihak yang berkaitan dengan mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional
lain yang lebih berpengalaman.
f)Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia.
Bagaimanapun,jika didapati keadaan klien mengancam kabjikan atau kesihatan diri sendiri atau
orang lain,maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-
pihak yang tertentu atau dirujuk kepada perkhidmatan yang seseai.
g)Sebagai kaunselor yang profesional,kaunselor berhak meminta pandangan dan nasihat daripada
professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan memberi pertolongan yang
berkesan kepada kliennya.
Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti :
a)Kerahsiaan
Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling
hendaklah jauh daripada gangguan orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising.
Ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien
adalah sulit.
b)wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien
Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi perbezaan status
antara kaunselor dengan klien. Contohnya,duduk di kerusi yang lebih tinggi daripada klien
atau duduk di belakang meja yang besar.
c)Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru.
Seringkali dalam kaunseling,dalam masa setengah jam yang pertama,kaunselor tidak dapat
menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien.Oleh itu,kaunselor hendaklah
sabar untuk memberi masa kepada klien menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan
sebenar tanpa tergesa-gesa.
d)Bilik kaunseling yang bersesuaian
Kaunseling dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-bolehnya tidak
digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien tentang kaunseling yang
diberikan dan imej profesion kaunseling.
e)Suasana perbincangan adalah menenangkan.
Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang
menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien perlulah dielakkan
berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal masa kaunseling.
No comments:
Post a Comment