Tuesday 30 October 2012

Anorexia



Anorexia adalah kelainan psikis yang diderita oleh seseorang berupa kurangnya nafsu makan meskipun sebenarnya berasa lapar dan berselera terhadap makanan atau boleh juga dikatakan sebagai aktiviti untuk menguruskan badan dengan cara mengawal makan secara sengaja dan kawal secara ketat. Pada dasarnya para penderita sangat lapar namun tahan nafsu untuk makan kerana takut berat badan naik.

Bagi penderita anorexia, mengurangi berat badan merupakan cara untuk mencapai kebahagiaan dan dasar untuk mendapatkan kepercayaan diri. Walaupun mereka sangat percaya kalau berat badan yang berkurang adalah cara utama untuk mencapai kebahagiaan, mereka tidak memahami bahawa kebiasaan itu sebenarnya bersifat destruktif. Para doktor telah membuktikan, pemilik berat badan di bawah level tertentu cenderung kehilangan kemampuan untuk mengambil keputusan rasional. Anorexia biasanya dimulai dengan diet normal, namun diet normal ini kemudian berubah menjadi melaparkan diri sendiri sehingga menjadi diet yang tidak terkendali. Salah satu kebiasaan buruk itu adalah memuntahkan makanan yang telah dimakan, bahkan hingga mencapai tingkat kelaparan.

            Kebiasaan buruk ini akan membuka peluang penderita anorexia untuk mengalami berbagai komplikasi, seperti kematian, anemia, jantung bermasalah, tulang rapuh, paru-paru bermasalah, menstruasi terganggu bagi perempuan atau testosteron berkurang bagi lelaki, gangguan pencernaan, abnormalitas kadar elektrolit tubuh, serta gangguan ginjal. Keinginan untuk menjadi kurus disebabkan oleh beberapa faktor iaitu diantaranya tidak puas tehadap diri sendiri, menganggap diri sendiri tidak menarik, atau mungkin kerana desakan apabila ada pihak yang selalu mengejek “gendut”.

Media juga merupakan faktor besar timbulnya anorexia, seperti misalnya televisyen selalu menampilkan model-model berbadan kurus dan langsing atau juga artis-artis dengan tubuhnya yang nyaris sempurna. Lambat laun akan merangsang otak individu untuk menerima itu semua dan menjadikannya obses terhadap tubuh yang kurus untuk menjadi seperti apa yang dia lihat. Ini biasanya terjadi dalam kehidupan remaja. Bagi mereka,  menjaga diri sendiri lebih sulit dibandingkan dengan menjaga orang lain.

Melalui kajian autopsi yang dilakukan ke atas Isabella Caro, terdapat banyak aspek yang perlu dititikberatkan supaya kajian dapat dilakukan dengan sempurna. Antaranya adalah seperti mengetahui latar belakang kes Isabella Caro dalam mengenalpasti simptom Anorexia yang dialami olehnya. Yang kedua ialah membuat perbandingan simptom yang dialami oleh Isabella dengan simptom DSM-IV-TR. Yang ketiga, melalui kajian yang lakukan ke atas kes ini, punca kes ini berlaku adalah desebabkan oleh 3 faktor utama iaitu biologi, psikologi dan sosial dan ketiga-tiga ini saling berkait rapat. Ini kerana sosial mempengaruhi biologi dan seterusnya biologi mempengaruhi psikologi. Yang keempat ialah berdasarkan kes ini, dapat disertakan rawatan yang diambil oleh Isabella di rumah sakit. Ini kerana rawatan amat berkait rapat dengan Aorexia supaya pesakit yang mengalami Anorexia mendapat rawatan yang betul untuk mengembalikan kesihatannya dan yang paling penting, pesakit dapat mengembalikan berat badan dalam bentuk normal.













No comments:

Post a Comment