Sunday 21 October 2012

Kaunseling kelompok

Kaunseling kelompok.
Antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu.

Jenis-jenis kelompok.
(1) Kelompok Bimbingan.Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah social (bahaya dadah);pengurusan masa.;kemahiran belajar;pemilihan kerjaya.;persediaan peperiksaan.
(2) Kelompok Kaunseling – lima hingga sepuluh orang.Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lain – kelompok terapi,kelompok sensitivity,kelompok – T.

Kelebihan Kaunseling Kelompok.
(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.
(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.
(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.
(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.

Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.
(1) memberi harapan kpd klien. (2) perasaan selamat dan mendapat sokongan. (3) kesatuan antara ahli-ahli. (4)mempelajari sesuatu dari ahli lain.(5) pembelajaran interpersonal (perorangan)

Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.
(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan.

 (2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan
(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan

Situasi pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien membahayakan diri dan org lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
(3)Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4)Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.

No comments:

Post a Comment