Tuesday 30 October 2012

stress dan personaliti



Konsep stress
Setiap individu berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini termasuklah dari segi kebolehan dan kemampuan bagi mengurus diri masing-masing termasuklah pengurusan stres. Menurut  Handoko, Stress adalah suatu keadaan ketegangan yang memberi kesan kepada emosi, proses berfikir dan keadaan seseorang individu. Menurut Woolfolk dan Richardson (1979) menyatakan bahawa adanya satu pemikiran yang menyebabkan kita menghayati segala peristiwa yang terjadi disekitar kita dalam bentuk stress berdasarkan apa yang kita anggap pada sesuatu perkara yang terjadi dan bukan kerana peristiwa itu. Salhah (2005) mentakrifkan stres sebagai sesuatu yang dirasai sebagai tidak enak serta membebankan diri kita diikuti dengan pelbagai perasaan yang tidak menyenangkan. Namun begitu, perasaan stres ini mungkin membawa makna yang berbeza-beza pada setiap insan. Menurutnya, ia adalah istilah yang digunakan di dalam ilmu Fizik yang bermakna regangan atau tekanan ke atas sesuatu sistem. Di dalam konteks sel tubuh, ia merujuk kepada tindak balas Kimia akibat daripada proses perubahan tekanan daripada luar.
Stres sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah fenomena yang mungkin tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seseorang manusia itu sehingga ada orang mengatakan bahawa ‘tanpa stres maka tiadalah kehidupan’. Stres tidak semestinya berbahaya. Stres pada tahap tertentu mungkin boleh menjadi ‘kawan’. Stres yang berpatutan boleh menjadi pemangkin untuk seseorang itu mencapai kejayaan dan kesejahteraan tetapi sekiranya ia berlebihan dan melampau daripada kemampuan seseorang melaksanakan sesuatu tugasan, ia akan bertukar menjadi ‘lawan’ pula. Malahan stress yang keterlaluan juga boleh menjadi satu gangguan dan membantutkan perkembangan diri seseorang atau dengan kata lain akan mengganggu kefungsian hidup.




Konsep personaliti
Perkataan personaliti berasal dari perkataan Latin iaitu persona atau personalitas yang bermaksud topeng yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang itu termasuk ciri-ciri dan kualiti dalaman seseorang. Personaliti  merupakan tingkah laku yang unik serta tingkah laku yang sama dalam situasi yang berbeza.  Fiest dan Fiest (2007) menyatakan bahawa personaliti merujuk kepada perbezaan dalam berfikir, emosi dan perlakuan seseorang terhadap persekitaran dunia luar. Manakala Allport pula menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan setiap tingkah laku dan pemikiran.
 Secara umumnya, perkataan personaliti mempuyai beberapa pengertian yang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu merujuk kepada pengertian sosial dan mejelaskan personaliti sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Personaliti memberi kesan kepada stress seseorang. Menurut Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN. Lima  sifat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
  • (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
  • (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)
  • (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
  • (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)

No comments:

Post a Comment