Tuesday 30 October 2012

STRUKTUR PERSONALITI



Teori psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud menyatakan tentang struktur personaliti yang terdapat dalam diri manusia. Bagi Freud, personaliti terbentuk berasaskan kepada 3 sistem iaitu Id, Ego dan Super ego. Ketiga-tiga sistem ini saling berkait iaitu melalui  interaksi yang berlaku apabila adanya tingkah laku.
Id- Bagi Freud, id sebagai sistem personaliti yang asas dalam mengenalpasti apa yang diwarisi sejak lahir termasuk instinct.Di dalam id mengandungi tenaga terkumpul yang dipanggil tenaga psikik atau tenaga jiwa yang akan menggerakkan sistem ego dan super ego. Freud juga menyatakan bahawa id beroperasi mengurangkan ketegangan yang dipanggil sebagai prinsip keseronokan atau pleasure principle  iaitu ia akan dikeluarkan secara serta merta dan akan memulangkan keadaan organisma kepada keadaan keseimbangan atau disebut sebagai homeostatik.Ini bermakna id berfungsi untuk memenuhi kehendak organisma dengan mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keseronokan tanpa mengambil kira realiti moral.

Ego-Menurut Freud, ego wujud untuk membuat transaksi dengan dunia realiti yang objektif. Ego bertanggungjawab untuk membuat keputusan tentang instinct untuk memuaskan dan menjadi orang tengah atau kehendak di antara id, super ego dan dunia sebenar.Ego mengawal di dalam diri organisma dan mengenakan cirri intelektual dan sebab-sebab untuk memuaskan kehendak organisma. Ego perlu fikir waras,logic dan rasional. Ego memberi kepuasan pada id tanpa mengenepikan moral. Ego dikatakan beroperasi dengan prinsip realiti.

Super ego- Super ego mewakili nilai asal dan tradisi masyarakat yang diturunkan kepada kanak-kanak melalui sosiolisasi di dalam keluarga. Ibu bapa akan menunjukkan tingkahlaku yang baik dan memberi hkuman jika anak- anak melakukan kesalahan. Super ego mengandungi 2 subsistem iaitu conscience yang menghukum kita dengan rasa bersalah dan dan ego ideal yang memberi ganjaran dalam bentuk kebanggaan.Super ego berfungsi sebagai mengawal tindakan id dan meyakinkan ego untuk menukar matlamat moralistic kepada yang lebih realistik dan mengejar keunggulan.

Kesimpulannya, Freud menganggap personaliti adalah sistem kuasa yang kompleks yang mengandungi interaksi antara kuasa pendorong id dan kuasa bertahan ego dan super ego.

What is the personality?




Psychologist differ among themselves as to the meaning of personality. Most agree that the word "personality" originated from the Latin persona , which referred to a theatrical  mask worn by Roman actors in Greek dramas. These ancient Roman actors wore a mask  (persona) to project a role or false appearance. This surface view of personality , of course, is not an acceptable definition. When psychologists use the term "personality" they are referring to something more than the role people play.  

However, personality theorists have not agreed on a single definition of personality. Indeed, they evolved unique and vital theories because they lacked agreement as to the nature of humanity, and because each saw personality from an individual reference point. The personality theorists discussed in this book have had a variety of backgrounds. Some were born in Europe and lived their entire lives there; others were born in Europe, but migrated to other parts of the world, especially the United State; still others were born in North America and remained there. Many were influenced by early religious experiences; others were not. Most, but not all, have been trained in either psychiatry or psychology.Many have drawn on their experiences as psychotherapists; others have relied more on empirical research to gather data on human personality. Although they have all dealt in some way with what we call personality, each has approached this global concept from a different perspective. Some have tried to construct a comprehensive theory; others have been less ambitious and have dealt with only a few aspects of personality. Few personality theorist have formally defined personality, but all have had their own view of it.

Althought no single definition is acceptable to all personality theorists, we can say that personality is a pattern of relatively permanent traits and unique characteristics that give both consistency and individuality to a person's behavior. Traits contribute to individual differences in behavior, consistency of behavior over time, and stability of behavior across situations. Traits may be unique, common to some group, or shared by the entire species, but their pattern is different for each individual. Thus each person, though like others in some ways, has a unique personality. Characteristics are unique qualities of an individual that include such attributes as temperament, physique, and intelligence.


MPCL




SENARAI SEMAK MASALAH
MOONEY
Mooney Problem Check List

Ross L. Mooney




 



Alih Bahasa Oleh:

SIDEK MOHD NOAHh. D


SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY
Mooney Problem Check List- MPCL

Tarikh

Tarikh Lahir

Umur

Jantina

No. Kad Pengenalan

Tingkatan

Nama Sekolah

Nama Pengenalan Lain


ARAHAN:

Ini bukan suatu ujian.  Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja yang sebaya dengan anda.  Masalah-masalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.  Antara masalah-masalah ini mungkin ada yang menganggu anda dan mungkin ada yang tidak.  Baca senarai masalah berikut dan pilih masalah-masalah yang menganggu anda.  Terdapat tiga langkah yang perlu anda ikuti.

Langkah Pertama

Baca senarai dengan teliti dan apabila bertemu dengan masalah yang dirasakan menganggu anda, gariskan di bawahnya.  Sebagai contoh, jika anda merasakan kurang berat badan menganggu anda, tanda [ / ] di ruangan Masalah Tahap 1 yang disediakan.  Teruskan dengan meneliti keseluruhan senarai ini dan tandakan [ / ] bagi masalah-masalah yang menganggu anda.

Langkah Kedua

Setelah selesai langkah pertama, semak semula masalah-masalah yang telah anda tandakan [ / ] dan pilih mana-mana masalah yang dirasakan benar-benar menganggu anda.  Tandakan masalah-masalah ini dengan memberi tanda [ // ] di ruangan yang disediakan.  Sebagai contoh, jika anda merasakan ‘kurang berat badan’ yang telah anda tandakan [ / ] pada langkah pertama sebagai satu masalah yang amat menganggu anda, tandakan [ // ] di ruangan Masalah Tahap 2.

Langkah Ketiga

Setelah selesai langkah kedua, jawab soalan-soalan rumusan di akhir borang.

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT











FIZ
KEW
SOS
SEX
SPSI
PSI
MOR
KEL
PRL
PEN
PGR



Bil.
Item
Masalah
Tahap 1
Masalah
Tahap 2
1.
Terlalu kurus


2.
Terlalu gemuk


3.
Cepat penat


4.
Tidak mendapat latihan gerak badan yang cukup


5.
Mudah mendapat penyakit


6.
Selalu pening kepala


7.
Selalu merasa tidak berselera bila menghadapi makanan


8.
Semakin lama semakin kurus


9.
Tidak sekuat dan sesihat yang saya harapkan


10.
Selalu mengidap selsema



11.
Perlu belajar menyimpan wang


12.
Tidak tahu menggunakan wang dengan bijak


13.
Terpaksa meminta wang dari ibu bapa


14.
Tidak mempunyai wang belanja yang tetap


15.
Mempunyai pakaian cantik yang sangat sedikit


16.
Keluarga bimbangkan tentang kewangan


17.
Tinggal terlalu jauh dari sekolah


18.
Ingin mendapatkan wang untuk diri sendiri


19.
Ingin membeli lebih banyak barangan untuk diri sendiri


20.
Perlukan wang untuk melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah



21.
Mengambil masa untuk berkenalan dengan orang


22.
Rasa kekok berjumpa dengan orang


23.
Sukar untuk meneruskan sesuatu perbualan


24.
Tidak pasti mengenai ketertiban sosial saya


25.
Tidak cukup masa untuk hiburan


26.
Sangat sedikit peluang untuk keluar dan menikmati keindahan alam semula jadi


27.
Inginkan lebih masa untuk diri sendiri


28.
Tiada perkara menarik untuk dilakukan pada masa lapang


29.
Ingin memperbaiki wajah saya


30.
Terlalu sedikit peluang untuk memenuhi hobi



31.
Sukar membina hubungan mesra dengan rakan yang berlainan jantina


32.
Jarang mengadakan pertemuan atau date


33.
Tidak dibenarkan membuat pertemuan atau date


34.
Tidak tahu melayan pasangan semasa pertemuan


35.
Takut berhubung rapat dengan jantina lain


36.
Segan berbual mengenai seks


37.
Memutuskan sama ada hendak terus kekal dalam hubungan percintaan


38.
Kecewa dalam percintaan


39.
Mencintai seseorang yang tidak cintakan saya


40.
Sedang menentukan sama ada saya sedang dalam alam percintaan atau tidak



41.
Melukakan perasaan orang


42.
Jadi bahan perbualan dan ejekan orang


43.
Inginkan personaliti yang lebih baik


44.
Bimbang bagaimana saya mempengaruhi orang lain


45.
Terlibat dalam pertengkaran


46.
Kurang kebolehan memimpin


47.
Tidak disukai oleh seseorang


48.
Penakut atau pemalu


49.
Terlalu mudah merasa malu


50.
Merasa rendah diri



51.
Tidak dapat mengawal kemarahan saya


52.
Terlalu mengambil berat tentang sesuatu


53.
Gugup


54.
Bimbang


55.
Tidak gembira


56.
Berkhayal


57.
Mudah lupa


58.
Pemalas


59.
Mudah merasa sedih


60.
Sukar membuat keputusan



61.
Jarang ke rumah ibadat


62.
Ragu mengenai erti tuhan


63.
Ragu tentang beberapa persoalan agama yang pernah saya dengar


64.
Terganggu dengan perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh kanak-kanak lain


65.
Terpengaruh dengan prasangka kaum dan agama


66.
Ibu bapa berpendirian kolot


67.
Ingin merasa hampir dengan tuhan


68.
Ragu untuk menyatakan yang mana betul dan yang mana salah


69.
Mencarut, cerita lucah


70.
Ragu apa yang akan terjadi kepada orang apabila mereka mati




71.
Ibu bapa menyebelahi abang atau adik


72.
Ibu bapa terlalu banyak berkorban untuk saya


73.
Ibu bapa tidak memahami saya


74.
Di rumah dilayan seperti kanak-kanak


75.
Tidak sehaluan dengan adik-beradik


76.
Melawan cakap ibu bapa


77.
Tidak gembira bersama ibu dan ayah


78.
Merasa seolah-olah tidak mempunyai keluarga


79.
Tragedi kematian dalam keluarga


80.
Tidak memberitahu segala rahsia kepada ibu bapa



81.
Meragui sama ada pemilihan kursus yang diambil sekarang sesuai sebagai persediaan kerjaya masa depan


82.
Perlu mengetahui kebolehan saya dalam sesuatu bidang pekerjaan


83.
Meragui sama ada saya akan berjaya memperolehi pekerjaan yang saya inginkan


84.
Memerlukan bimbingan mengenai apa yang harus saya lakukan selepas tamat sekolah


85.
Perlu mengambil keputusan tentang pekerjaan masa depan


86.
Tidak dapat mengaitkan mata pelajaran yang diikuti sekarang dengan bidang kursus yang akan diambil semasa di Institut Pengajian Tinggi


87.
Tidak yakin kerja-kerja sekolah boleh memberi faedah kepada saya


88.
Ingin belajar mengenai sesuatu pekerjaan


89.
Memutuskan sama ada hendak ke kolej atau tidak


90.
Perlu untuk memilih sesuatu kolej



91.
Selalu sangat tidak hadir ke sekolah


92.
Tidak dapat memahami beberapa mata pelajaran dengan memuaskan


93.
Tidak belajar dengan secukupnya


94.
Tidak begitu berminat pada buku-buku akademik


95.
Tidak dapat melahirkan fikiran saya dengan tepat


96.
Takut melibatkan diri dalam perbincangan kelas


97.
Tidak dapat menyelesaikan kerja rumah pada masa yang ditetapkan


98.
Tidak suka belajar


99.
Tidak tahu cara belajar yang berkesan


100.
Tidak berminat pada beberapa mata pelajaran



101.
Tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai di rumah


102.
Keluarga tidak memahami kerja-kerja dan kegiatan saya di sekolah


103.
Mata pelajaran yang dipelajari tiada hubungan kehidupan seharian


104.
Dipaksa mengambil mata pelajaran yang saya benci


105.
Buku-buku teks terlalu sukar untuk difahami


106.
Pengajaran guru terlalu sukar difahami


107.
Tidak cukup perbincangan dalam kelas


108.
Buku-buku yang baik di perpustakaan tidak mencukupi


109.
Terlalu banyak kerja diperlukan dalam beberapa mata pelajaran


110.
Samgat sedikit kebebasan dalam kelas



111.
Tidak cukup tidur


112.
Rupa kulit buruk atau kulit berpenyakit


113.
Terlalu rendah


114.
Terlalu tinggi


115.
Bentuk badan tidak begitu menarik


116.
Penyakit haid atau perempuan


117.
Perawakan buruk


118.
Gigi rosak


119.
Merokok


120.
Tidak dapat udara dan cahaya matahari yang mencukupi



121.
Tidak mempunyai bilik sendiri di rumah


122.
Tidak mempunyai tempat untuk melayan kawan


123.
Ibu bapa terlalu kuat bekerja


124.
Tidak mendapat kemudahan tertentu di rumah


125.
Sekarang memerlukan kerja sambilan


126.
Ingin tinggal di tempat lain


127.
Malu dengan keadaan rumah yang saya duduki


128.
Sangat sedikit wang untuk hiburan


129.
Terlalu banyak kerja di luar masa sekolah


130.
Memerlukan pekerjaan semasa cuti panjang



131.
Tidak dibenarkan bersiar-siar dengan orang yang saya sukai


132.
Tidak dibenarkan keluar pada waktu malam


133.
Jarang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelajar


134.
Terlalu sedikit kegiatan sosial


135.
Ingin belajar bagaimana cara melayan


136.
Ingin membaiki diri saya daripada kebudayaan


137.
Terlalu cuai dengan pakaian dan barang-barang kepunyaan saya


138.
Sangat sedikit peluang untuk bersukan


139.
Sangat sedikit peluang untuk melakukan apa yang saya sukai


140.
Tidak menggunakan masa lapang dengan baiknya



141.
Masalah dengan teman wanita


142.
Masalah dengan teman lelaki


143.
Berbaik-baik dengan orang yang tidak disukai oleh keluarga


144.
Takut kehilangan orang yang saya kasihi


145.
Kekok semasa membuat sesuatu pertemuan atau date


146.
Sedang dalam percintaan


147.
Sangat sukar untuk mengawal desakan seks


148.
Perlu pengetahuan mengenao hal seks


149.
Bimbang sejauh mana perlu menjalin hubungan mesra dengan individu yang berlainan jantina


150.
Sedang menentukan sama ada saya dalam alam percintaan atau tidak



151.
Jadi sasaran kritikan orang lain


152.
Dikata sombong atau bongkak


153.
Terlalu kesepian


154.
Ingin menjadi lebih popular


155.
Benci pada seseorang


156.
Mengelak diri dari orang yang saya benci


157.
Terlalu iri hati atau cemburu


158.
Bercakap atau bertindak tanpa berfikir


159.
Merasakan tidak ada sesiapa pun yang memahami saya


160.
Tiada ada orang untuk mengadu masalah saya



161.
Takut membuat kesalahan


162.
Takut ditinggal berseorangan


163.
Sangat mudah mengeluarkan air mata


164.
Selalu gagal dalam kerja-kerja yang saya lakukan


165.
Terlalu mudah terangsang


166.
Tidak bernasib baik


167.
Kurang kepercayaan diri


168.
Terlalu banyak masalah peribadi


169.
Terlalu mudah tawar hati


170.
Terfikir untuk membunuh diri



171.
Tidak boleh melupakan kesalahan-kesalahan yang pernah saya lakukan


172.
Terganggu fikiran apabila memikirkan tentang syurga dan neraka


173.
Takutkan hukuman tuhan


174.
Mempunyai suatu tabiat yang buruk


175.
Kadang-kadang berbohong walaupun tidak bermaksud demikian


176.
Terlibat dalam kesusahan


177.
Kurang kebolehan mengawal diri


178.
Kadang-kadang merasa tidak sejujur seperti yang sepatutnya


179.
Merasa bersalah


180.
Dihukum kerana kesalahan yang saya lakukan



181.
Ibu bapa membuat terlalu banyak keputusan untuk saya


182.
Ibu bapa tidak mempercayai saya


183.
Inginkan kebebasan yang lebih di rumah


184.
Berselisih faham antara saya dengan ahli keluarga


185.
Ibu bapa mengharapkan terlalu banyak daripada saya


186.
Bimbang mengenai seorang daripada ahli keluarga


187.
Memerlukan cinta dan kasih sayang


188.
Jadi sasaran kritikan ibu bapa


189.
Pertelingkahan keluarga


190.
Tidak dapat berbincang mengenai masalah tertentu di rumah



191.
Takut kalau saya tidak dapat langsung masuk ke kolej


192.
Takut kalau saya tidak diterima masuk ke kolej


193.
Ingin lebih bebas dalam kehidupan seharian


194.
Kurang berpengalaman kerja


195.
Takut menganggur selepas tamat sekolah menengah


196.
Ragu-ragu tentang kebolehan untuk melakukan kerja dengan baik


197.
Tidak tahu cara mencari kerja


198.
Tidak tahu apa yang sebenarnya saya inginkan


199.
Perlu membuat rancangan awal untuk masa depan


200.
Takutkan masa depan



201.
Merasa sukar untuk mengambil nota atau catatan


202.
Merasa sukar menyusun laporan atau membuat karangan


203.
Ingatan tidak baik


204.
Bimbang tentang kedudukan markah dalam kelas


205.
Bimbang terhadap peperksaan


206.
Mendapat markah yang rendah


207.
Tidak cukup bijak


208.
Takut gagal dalam kerja-kerja sekolah


209.
Ingin berhenti sekolah


210.
Tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran



211.
Peraturan sekolah terlalu ketat


212.
Kelas sangat membosankan


213.
Guru-guru kurang berpersonaliti


214.
Masa makan tengah hari terlalu singkat


215.
Guru tidak mesra dengan pelajar


216.
Tidak sehaluan dengan seorang guru


217.
Guru tidak bertimbang rasa terhadap pelajar


218.
Markah adalah tidak sesuai sebagai ukuran kebolehan


219.
Peperiksaan tidak adil


220.
Kegiatan sekolah tidak diatur dengan baik





LANGKAH KETIGA

Jawab keempat-empat soalan rumusan yang berikut:

SOALAN-SOALAN

1.      Adakah anda rasa item-item yang anda tandakan dalam senarai di atas memberikan gambaran yang menyeluruh tentang masalah anda? ..............Ya. ........... Tidak.  Tambahan apa-apa yang anda perlu untuk menjadikan gambaran itu lebih lengkap.

2.  Bagaimana anda hendak merumuskan masalah-masalah utama dalam perkataan sendiri?  Tulis satu rumusan ringkas.

3.      Mahukah anda mempunyai lebih banyak peluang di sekolah untuk menulis, memikir dan berbincang masalah peribadi yang berkaitan dengan diri anda? ............. Ya. ........... Tidak.  Sila jelaskan perasaan anda mengenai soalan ini.

4.      Jika anda mempunyai peluang, mahukah anda berbincang dengan seseorang mengenai sesetengah masalah yang telah anda tandakan dalam senarai tadi? ............ Ya. ........... Tidak.  Jika begitu, adakah anda mempunyai orang atau orang-orang tertentu dalam fikiran anda yang dengannya anda mahu berbincang? .................. Ya. ............. Tidak.



BORANG PEMARKAHAN

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY
Mooney Problem Check List
MPCL

Bil.
Kategori Masalah
Susunan Item
Kekerapan Yang Ditanda
[ / ]
Kekerapan Yang Ditanda
[ // ]
1.
Kesihatan dan Fizikal
1 – 10, 111 – 120


2.
Kewangan dan Kehidupan
11 – 20, 121 - 130


3.
Sosial dan Hiburan
21 – 30, 131 – 140


4.
Perkahwinan dan Seks
31 – 40, 141 – 150


5.
Perhubungan Sosial Psikologikal
41 – 50, 151 - 160


6.
Masalah Psikologikal
51 – 60, 161 – 170


7.
Masalah Moral dan Agama
61 – 70, 171 – 180


8.
Masalah Keluarga dan Rumahtangga
71 – 80, 181 – 190


9.
Masalah Akademik dan Kerjaya
81 – 90, 191 – 200


10.
Masalah Penyesuaian Kerja
91 – 100, 201 – 210


11.
Masalah Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
101 – 110, 211 - 220