Ada seorang pemuda yang
sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu
masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan
seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda
tersebut.
"Setiap kali kamu
marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan
kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu
telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa
minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan
juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari
memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu
ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah
dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang
ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut
kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin
tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan
baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut,
tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau
menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan
kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan
pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati
adalah lebih pedih dari luka fizikal.
“orang yang
paling dibenci Allah adalah orang yang menaruh dendam kesumat
(bertengkar).”(HR.Muslim)
No comments:
Post a Comment