Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku,
sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi
kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan
membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada
kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,
dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan
mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
dia akan menayakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan
meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan
membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan
membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih
senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang
melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment